KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.
Turut menerima kurniaan berkenaan ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan daripada Seri Paduka Baginda itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim di Istana Negara, di sini hari ini.
"Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan keluarga Diraja Johor menerusi Yayasan-yayasan Diraja Johor telah mengurniakan pelbagai sumbangan dalam membantu rakyat yang memerlukan.
"Malah, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan 10,000 paket beras percuma seberat 10 kilogram di Johor, tahun lalu dalam membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.
"Selain daripada kurniaan dan sumbangan menerusi Yayasan-yayasan Keluarga Diraja Johor kepada rakyat jelata, Seri Paduka Baginda juga memberi kurniaan kereta kepada pegawai-pegawai yang berjasa serta dedikasi dalam menjalankan tugas," menurut hantaran itu.
Menurut hantaran itu, Seri Paduka Baginda sejak dahulu lagi mengurniakan kereta kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan dan jururawat.
Pada 2010, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Proton Suprima kepada semua pegawai daerah di Johor pada 2018.
Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, pada September 2020.
"Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Kurniaan daripada Seri Paduka Baginda itu disampaikan Datuk Zailani Hashim di Istana Negara. - Gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kemunculan sulung Proton X90 di Bangladesh, 25 unit didaftarkan
Proton Holdings Bhd telah melancarkan model terulungnya, Proton X90 di Bangladesh, mewakili pasaran eksport keempat untuk model itu dengan penerimaan pembeli yang mantap.

Agong kurnia X90 kepada Ketua Polis Negara, pegawai kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.

Proton lancar rangkaian stamping baharu di kilang Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan rangkaian stamping baharu bernilai RM140 juta di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.

Perak tubuh jawatankuasa khas kaji pembangunan sekitar Proton City
Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan pembangunan sekitar kawasan Proton City menjelang tahun 2027.