Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini mengurniakan surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Wira Aziah Ali.
Selain kedua-dua mereka, Tuanku Abdul Halim turut berkenaan mengurniakan surat cara pelantikan kepada sembilan Hakim Mahkamah Rayuan dan lima Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini.
Sembilan Hakim Mahkamah Rayuan itu terdiri daripada Datuk Zaleha Yusof, Datuk Kamardin Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Hasnah Mohammed Hashim, Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Asmabi Mohamad.
Lima yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pula ialah Siti Khatijah S. Hassan, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, Nantha Balan E.S Moorthy, Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Turut hadir pada majlis itu ialah Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, pemangku Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Nurchaya Arshad dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.
Bernama
Mon Mar 21 2016

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyerahkan suratcara pelantikan Hakim Makhamah Persekutuan kepada Datuk Balia Yusof Wahi pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan di Istana Negara. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Agong kurnia surat cara pelantikan hakim di Istana Negara
Tuanku Abdul Halim turut berkenaan mengurniakan surat cara pelantikan kepada sembilan Hakim Mahkamah Rayuan dan lima Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini.