CYBERJAYA: Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu bersiap siaga memperkenalkan dasar dan program yang bersesuaian dengan perkembangan negara menuju fasa endemik COVID-19, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata warga kementerian perlu menerima hakikat bahawa COVID-19 akan sentiasa ada dalam kehidupan seharian dan pengurusan semasa endemik sudah tentunya berbeza.
"Kerajaan kita ini haruslah menjadi sebuah kerajaan yang dapat memenuhi aspirasi rakyat kerana kita ada dalam satu keadaan yang cukup mencabar. Kita terkongkong dalam suasana pandemik terlalu lama, (dan) telah menjejaskan kehidupan rakyat di semua peringkat.
"Kembalikan keceriaan rakyat Malaysia, kembalikan harapan dan keyakinan diri. Kita mesti bangunkan Malaysia sebagai sebuah negara penuh berkeyakinan untuk kita bergerak dan maju ke hadapan," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek dan Pengerusi MDEC Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif.
Annuar dalam masa yang sama menaruh keyakinan kesemua 11 agensi di bawah KKMM akan menjadi agensi berprestasi tinggi dalam memenuhi aspirasi rakyat setelah mengikuti taklimat daripada kepimpinan agensi terbabit.
Beliau berkata penambahbaikan akan terus dibuat dari semasa ke semasa selaras dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menekankan soal pencapaian di setiap kementerian dan agensi kerajaan.
"Kerajaan yang berprestasi adalah kunci kepada segala-galanya. Kita tak mahu kerajaan tidak stabil, tak mahu hilang punca ataupun kerajaan yang terikat dalam kepompong masalah tidak berkesudahan," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata beliau ambil maklum tentang cadangan daripada Persatuan Animasi Malaysia (Animas) yang menyarankan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengkaji semula sistem perolehan dan terma dalam kontrak agar jumlah jam yang diperuntukkan untuk program animasi ditambah.
Katanya beliau telah berbincang dengan Ketua Setiausaha KKMM mengenainya dan mengenal pasti beberapa aspek yang boleh ditambah baik.
"Tapi saya nak lakukannya secara teratur. Bukan saja soal ruang untuk memberi peluang kepada filem animasi mendapat tempat dan ditayangkan dalam saluran-saluran televisyen kita, tetapi saya juga nak melihat secara keseluruhan.
"Sebab itu kalau boleh berikan saya sedikit masa kerana saya belum lagi sampai peringkat berpeluang dapat libat sama dengan pemain industri khususnya dalam bidang penyiaran," katanya.
Presiden Animas Amir Hamzah dilaporkan berkata pembekal kandungan animasi tempatan menghadapi kesukaran untuk membawa produk ciptaan ke luar negara kerana sukar memenuhi syarat yang ditetapkan pengedar antarabangsa yang mahu filem animasi mesti ditayangkan di negara sendiri terlebih dahulu, sama ada di stesen televisyen atau pawagam.
Amir berkata syarat itu sukar dipatuhi berikutan dasar stesen penyiaran dan slot animasi di televisyen yang sangat terhad.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021

Annuar menaruh keyakinan kesemua 11 agensi di bawah KKMM akan menjadi agensi berprestasi tinggi dalam memenuhi aspirasi rakyat. - Facebook Tan Sri Annuar Musa

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.

Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.

Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.

KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.

'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.

KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.

PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.

Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.

KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.

Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.