KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar membuat keputusan meninggalkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertai PKR. 

Perkara itu disahkan Setiausaha Amanah Negeri Selangor, Kamarul Hisham Yeop Hashim dalam satu kenyataan hari ini. 

Susulan itu, semua jawatan dalam parti yang disandang wakil rakyat itu terbatal serta-merta, katanya. 

Amanah Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini, tambah Kamarul Hisham. 

 
Sumber Facebook AmanahSelangor