Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk menolak membawa masuk abu atau mayat sesiapa sahaja ke negara ini.
Khalid berkata anggota keluarga si mati yang mahu membawa masuk abu atau mayat perlu mendapatkan permit khas di bawah undang-undang Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu Manusia dan Organisma Patogenik dan Bahan) 2006.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini siang tadi.
Khalid mengulas mengenai laporan portal berita bahawa Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menghalang abu atau mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng masuk ke negara ini selepas meninggal dunia di Bangkok, Thailand, pada 16 September lepas.
Pada mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari sejak Rabu lepas itu, turut diberi penjelasan mengenai cadangan pindaan undang-undang dalam memperlengkapkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menangani masalah jenayah, terutama berkaitan kekerasan.
Dalam pada itu, Khalid menegaskan individu atau kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan kembali fahaman komunis dan cuba mengancam demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini boleh ditahan di bawah beberapa undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan.
Beliau berkata, sesiapa yang membawa apa juga penerbitan, bahan-bahan yang boleh ditakrifkan cuba menghidupkan fahaman komunis adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan, selain Seksyen 124E Kanun Keseksaan atau siasatan juga boleh dijalankan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Selain itu buku-buku (yang dicetak untuk sebar fahaman komunisme) pun boleh diambil tindakan di bawah Akta Penerbitan walaupun buku itu belum lagi diharamkan kerana baharu dikeluarkan.
Astro Awani
Fri Sep 27 2013

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Fitnah: Tiga pemimpin DAP saman Siti Mastura
Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah.

Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.

Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.

Fitnah Guan Eng: Ahli Parlimen desak jawab, Siti Mastura enggan layan
Perbahasan Siti Mastura Muhammad (PN - Kepala Batas) di Dewan Rakyat pada Selasa sedikit panas apabila beberapa Ahli Parlimen dari kerajaan berulang kali cuba mencelah.

Mohd Rani terpaksa makan hidupan liar demi pertahan negara
Terpaksa makan hidupan liar seperti monyet dan ular untuk meneruskan kelangsungan hidup merupakan antara pengorbanan seorang wira negara dalam mempertahankan tanah air semasa misi membanteras komunis.

Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Enam persatuan disahkan haram - Muhyiddin
Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua enam persatuan berkenaan dikenal pasti tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Sembilan persatuan dikenal pasti terlibat - Bukit Aman
Empat individu dikenal pasti memberi ucapan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.

Gambar ala komunis bukan di Malaysia - Polis
Siasatan mendapati gambar-gambar tersebut diambil pada 2 Dis 2019 semasa majlis tersebut berlangsung di Hotel Lee Garden, Hatyai, Thailand.

Tujuh individu beri keterangan bawa balik abu mayat Chin Peng
Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.

Jangan hangatkan isu abu Chin Peng - Anwar
Anwar Ibrahim tegaskan, isu abu pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan individu baru baru ini tidak perlu dihangatkan.