Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, ini menjadikan kesemua tujuh individu telah memberi keterangan sejak Jumaat lepas dan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan pihak Bukit Aman.
"Tujuh individu telah dirakam percakapan dan pihak Bukit Aman telah melawat tempat yang ada (abu).
"Mereka ini adalah saksi-saksi yang terlibat menerima abu mayat, meletakkan (abu mayat) di tempat-tempat di kaki banjaran titiwangsa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Manjung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, pada Isnin.
ACP Nor Omar Sappi, 44, yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor menggantikan ACP Muhamad Hanif Othman yang ditukarkan ke Kontinjen Pahang.
Turut diadakan majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Manjung antara Dr. Azura Abdullah Effendi dengan ACP Siti Dalila Mohd. Yasin dengan disaksikan Pengerusi Perkep negeri, Datin Zainah Othman.
Terdahulu, turut diadakan majlis penyerahan kenderaan pasukan iaitu 16 buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bagi kegunaan ketua polis balai di seluruh negeri Perak menggantikan Perodua Kancil yang telah digunakan sejak tahun 1998.
Razarudin berkata, 103 kenderaan Perodua Kancil telah mula digunakan sejak 21 tahun lepas dan kini hanya 40 buah yang masih digunakan.
"Penggantian kenderaan ini melibatkan sembilan daerah merangkumi 16 buah balai polis yang akan digantikan secara berperingkat.
"Saya berharap dengan dibekalkan kenderaan ini ketua polis balai dapat memantau pergerakan dan kerja dengan efisien sekaligus mengurangkan kadar jenayah di kawasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Datuk Razarudin Husain berkata, ini menjadikan kesemua tujuh individu telah memberi keterangan sejak Jumaat lepas dan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan pihak Bukit Aman. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Tajuddin dari Barisan Nasional melakukan penghinaan yang serius terhadap agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Tujuh individu beri keterangan bawa balik abu mayat Chin Peng
Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.

Kecam, 'laknat' tindakan bawa masuk abu mayat Chin Peng - Zainal Kling
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling menegaskan gerakan PKM yang mengembangkan fahaman Komunisme satu ketika dahulu adalah satu penderhakaan kepada negara.

'Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa' - Laporan
Abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng telah dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu selepas enam tahun kematiannya.