Sembilan persatuan dikenal pasti terlibat kes menganjurkan majlis peringatan ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai, Thailand, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.
Beliau berkata susulan itu, pihaknya mengenal pasti empat individu yang memberi ucapan pada majlis berkenaan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil Parti Komunis Malaya (PKM) dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.
“Setakat ini, sebanyak enam saksi telah diambil keterangan manakala saksi-saksi lain akan diambil keterangan berdasarkan temujanji yang ditetapkan.
“Sehingga kini, polis telah menerima sebanyak 72 laporan polis berkait isu sama. Selain itu, siasatan masih dibuat dan beberapa tindakan akan diambil termasuklah mendapatkan keterangan daripada pakar sejarah,” katanya dalam kenyataan pada awal pagi ini.
Huzir berkata laporan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) juga akan diperoleh bagi membantu siasatan.
Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara berserta cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan.
“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata Huzir.
Pada 1 Dis lepas, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas anggota PKM itu di Kajang.
Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Dis 1989.
Mengenai kes abu mayat bekas pemimpin PKM Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini, Huzir berkata sebanyak 10 saksi telah diambil keterangan berhubung kes itu.
“Mereka antaranya terdiri daripada pihak pengadu, editor MalaysiaKini, wartawan, pembawa abu mayat dan juga individu yang terlibat dalam upacara yang dijalankan.
“Siasatan masih lagi dibuat dan beberapa tindakan akan diambil termasuk mendapatkan keterangan pakar sejarah,” katanya.
Huzir berkata laporan daripada pihak SKMM, Jabatan Imigresen, RoS, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan turut diambil bagi membantu siasatan kes itu.
Sehingga kini, 11 laporan polis dibuat berkenaan isu itu dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara berserta beberapa cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan.
“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 dan 505(C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Pada 26 Nov lepas, media melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk pulang ke Malaysia dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.
Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan tiba di Ipoh, Perak pada 16 Sept lepas dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari yang sama.
Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 2013 ketika berusia 89 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 11 2019
Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Dis 1989. - Foto PDRM/Fail
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
Gunung berapi La Palma terus memuntahkan lahar
Letusan tersebut yang paling lama sejak catatan rekod dimulakan di pulau itu iaitu dari abad ke-16.
Letusan gunung berapi La Soufriere boleh mempengaruhi iklim dunia
Letupan pada 12 April lepas telah menyebabkan aliran piroklas, campuran abu dan gas yang bergerak dengan sangat pantas.
Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer
Letusan memaksa penduduk setempat berpindah sekurang-kurangnya lima kilometer dari gunung tersebut.
Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Sembilan persatuan dikenal pasti terlibat - Bukit Aman
Empat individu dikenal pasti memberi ucapan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.
Tidak tahu abu Chin Peng boleh masuk Perak - Ahmad Faizal
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung isu itu.
Gunung Berapi Popocatepetl terus aktif
Susulan itu pusat pencegahan bencana kebangsaan mengeluarkan amaran kepada orang awam untuk menjauhkan diri dari lokasi gunung berapi tersebut.
Gunung berapi Kilauea meletus
Ledakan berlaku pada Khamis selepas beberapa siri gempa yang melanda kepulauan itu sejak beberapa hari lepas.
AirAsia had penerbangan ke Bali
AirAsia kini mengadakan penerbangan terhad pada waktu siang ke dan dari Denpasar, Bali, berikutan juruterbang tidak dapat mengesan sebarang perubahan dalam awan abu pada sebelah malam kerana tidak dap
GERAMM kesal insiden ahli keluarga MH17 tumbuk petugas media
GERAMM kesal kejadian yang menimpa jurugambar akhbar NST Aizuddin Saad yang membuat liputan ketibaan abu mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam di Nirvana Memorial Centre Sungai Besi hari ini.
Visa ke Australia ditolak: Haris Ibrahim akan buat permohonan baru
Aktivis dan peguam, Haris Ibrahim yang telah ditolak visanya ke Australia hari ini berkata akan majukan permohonan yang baru dalam masa terdekat.