Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal terdapat segelintir pemimpin Melayu yang tidak tegas mengangkat Perlembagaan Persekutuan yang antaranya menyentuh Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata dalam perkara yang menyentuh hak istimewa orang Melayu seperti bahasa, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja, para pemimpin Melayu mesti bertegas memastikan ia dilaksanakan dengan baik.
"Masalahnya ketegasan pimpinan. Bukan soal bahasa kebangsaan tetapi keengganan melaksanakan dasar bahasa dengan jelas.
"Sehinggakan saya lihat acara rasmi pun dimulakan dan sepenuhnya Bahasa Inggeris," katanya ketika berucap merasmikan seminar Pembinaan Bangsa Malaysia di sini hari ini.
Tanpa menolak keperluan untuk menguasai bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, Anwar berkata : "Tetapi dalam acara-acara rasmi mesti tunjukkan kita serius (mengangkat Bahasa Melayu)."
Anwar turut mengutarakan keperluan menaikkan ekonomi setiap bangsa tanpa ada sentimen perkauman.
Beliau berkata setiap bangsa perlu bersatu mengangkat martabat ekonomi dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah kemiskinan yang parah dalam kalangan Melayu Bumiputera dan sebahagian kecil kaum Cina dan India di estet.
Diminta mengulas kenyataan penganalisis dasar awam Lim Teck Ghee yang menyifatkan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebagai "bencana tidak terkawal', Anwar ketika ditemui media kemudian berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan itu.
"Itu ahli akademik yang pada ketika rasuah berpuluh bilion, membisu. Dan sekarang nak kata keadaan tidak terkawal? Patut bicara apa yang patut kita lakukan.
"Mengapa boleh kita diam bila rompakan besar berlaku dan sekarang nak kita bercakap seperti jurucakap? Saya tidak setuju," kata Anwar.
Di forum 'Whiter Maruah Malaysia 2.0', Lim dilaporkan berkata kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan semakin berkembang.
"Buat masa ini, adalah jelas pasca PRU14 sebagai bencana, ia merupakan satu bencana sepenuhnya bagi pembaharuan dari mana-mana aspek atau cara pun anda melihat.
"Pendidikan, tadbir urus, hubungan kaum, hubungan agama, kegagalan daripada Icerd, Zakir Naik, Kongres Maruah Melayu dan banyak lagi. Senarai kekecewaan dan kegagalan politik terus meningkat," kata Lim.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 26 2019

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyampaikan ucapan ketika merasmikan Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia bertemakan 'Santun Bangsa, Sejahtera Malaysia' di Bangi Avenue Convention Centre, Kajang hari ini. - Foto BERNAMA

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.33 mata kepada 1,526.48 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas.

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 Mac 2025
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas AS mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik.

ABK24/25: Tersenarai calon terbaik, sepakan jauh penjaga gol berjaya jaringkan gol
Tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
AWANI Ringkas: Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri
Pada masa sama kerajaan dan pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan pantas dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan agama Islam.

DUN Kelantan pertahan kuasa negeri gubal kesalahan hukum syarak
Usul berkenaan dikemukakan ADUN Melor Wan Rohaimi Wan Daud dan dipersetujui sebulat suara tanpa bahas di hadapan Speaker.

Islam tidak tergugat di bawah kepimpinan PM Anwar - Ahmad Zahid
Menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Kewangan, lebih 220,000 huffaz dari maahad tahfiz berdaftar akan terus dibantu.

"Comel dan halal, penguin boleh dimakan oleh umat Islam" - Zulkifli
Penguin halal dimakan oleh umat Islam kerana binatang itu termasuk dalam kategori burung air, kata Datuk Seri Zulkifli.

Temui keikhlasan dalam hidup, penyanyi Marcell mengakui selesa peluk Islam
-Saya tidak mahu menjadi orang yang takut akan sesuatu yang saya belum fahami."

Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.

Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri
Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri.

Ajaran 'Rasul Melayu' tidak wujud di Johor, JAIJ terus pantau - Tosrin
Johor belum ada laporan tentang Rasul Melayu tu, tapi bahagian penguatkuasaan sudah diminta supaya memantau perkara tersebut.

COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'

Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
Kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.