Garis panduan solat berjemaah di masjid dan surau ketika negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dibuat berdasarkan perbincangan antara para ulama menerusi Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian merujuk kepada rakaman video berdurasi dua minit seorang pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias yang meminta amalan norma baharu solat berjemaah yang bercanggah dengan Islam dikaji semula.
"Tatacara solat berjemaah yang dilaksanakan ketika ini telah diperjelaskan secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19' yang saya hasilkan, dan boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.
"Sebenarnya ini (pelaksanaan solat berjemaah) telah dibahaskan oleh para ulama, jadi ada perkara-perkara yang kita nampak macam bercanggah tetapi semuanya ijtihad-ijtihad ulama telah dijelaskan dalam buku itu dengan mengambil kira pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan negeri, bahkan di peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nadwah Penyelarasan Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Islam Perak bertemakan 'Jaringan Dakwah Pengislah Ummah' di sini, hari ini.
Mengulas mengenai program hari ini, Zulkifli berkata objektif program itu dilaksanakan untuk mewujudkan sekretariat rangkaian dakwah NGO di peringkat negeri di bawah punca kuasa aktiviti dakwah JAIPk.
Selain itu, katanya, ia juga dapat membentuk pelan perancangan dakwah negeri diwujudkan, mewujudkan carta aliran kerja yang jelas, fokus dan bersistematik selain mampu memanfaatkan kaedah-kaedah baharu teknologi terkini di dalam gerak kerja agensi dakwah di Perak.
"Ia juga dapat mempertingkatkan kredibiliti pengurusan gerak kerja dakwah sebagai pemangkin kepada transformasi pembangunan negeri sekali gus menyelaraskan gerak kerja dakwah di negeri ini melalui kegiatan aktiviti secara kolaborasi bagi meningkatkan kefahaman mengenai agama Islam," katanya.
Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamarudin serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusof Husin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 12 2020

ZULKIFLI: Tatacara solat berjemaah yang dilaksanakan ketika ini telah diperjelaskan secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'. - Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri
Pada masa sama kerajaan dan pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan pantas dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan agama Islam.

DUN Kelantan pertahan kuasa negeri gubal kesalahan hukum syarak
Usul berkenaan dikemukakan ADUN Melor Wan Rohaimi Wan Daud dan dipersetujui sebulat suara tanpa bahas di hadapan Speaker.

Islam tidak tergugat di bawah kepimpinan PM Anwar - Ahmad Zahid
Menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Kewangan, lebih 220,000 huffaz dari maahad tahfiz berdaftar akan terus dibantu.

"Comel dan halal, penguin boleh dimakan oleh umat Islam" - Zulkifli
Penguin halal dimakan oleh umat Islam kerana binatang itu termasuk dalam kategori burung air, kata Datuk Seri Zulkifli.

Temui keikhlasan dalam hidup, penyanyi Marcell mengakui selesa peluk Islam
-Saya tidak mahu menjadi orang yang takut akan sesuatu yang saya belum fahami."

Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.

Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri
Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri.

Ajaran 'Rasul Melayu' tidak wujud di Johor, JAIJ terus pantau - Tosrin
Johor belum ada laporan tentang Rasul Melayu tu, tapi bahagian penguatkuasaan sudah diminta supaya memantau perkara tersebut.

COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'

Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
Kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.