PUTRAJAYA: Terdapat perbezaan dalam pemberian dos vaksin ketiga dan dos penggalak.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala dos penggalak pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.
"Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).
"Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, di mana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan.
"Dos penggalak atau booster shot pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Ketika ini, kerajaan sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak, dan ia dijangka bermula bulan depan selepas mendapatkan pandangan serta panduan klinikal dan selepas selesai pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
"Pfizer sudah hantar dosier untuk dos penggalak dan dos ketiga kepada NPRA, ia akan diluluskan secepat mungkin," tambahnya.
Sementara itu, Khairy juga memaklumkan jarak masa untuk dos kedua bagi penerima vaksin AstraZeneca akan dipercepatkan bermula 1 Oktober ini.
"Kita akan memendekkan jarak masa dos kedua dari sembilan minggu kepada enam minggu, dan ini akan memudahkan penerima vaksin AstraZeneca," katanya.
Madiha Abdullah
Fri Sep 24 2021

Kerajaan kata Khairy, sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak. - Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.

PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.

PICKids: 1.34 juta kanak-kanak sudah terima vaksin
Sehingga Ahad, 38 peratus kumpulan berkenaan telah menerima dos pertama manakala 0.4 peratus sudah mula mendapatkan dos kedua.

Unjuran 80% remaja lengkap vaksin tidak dapat dicapai awal, ada remaja tidak hadir dos kedua
Sasaran 80 peratus lengkap vaksin bagi kumpulan remaja dijangka hanya dapat dicapai pada akhir bulan November atau awal bulan Disember.

PPV PICK Remaja KL sasar selesai vaksinasi remaja menjelang awal November
Ketika ini proses suntikan dos kedua berjalan dengan sangat lancar bagi Kuala Lumpur dengan jumlah penerimanya sudah melepasi 40 peratus.

Ada beza dos ketiga dan dos penggalak - Khairy
Kerajaan sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak.

81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis di mana 194,050 adalah bagi dos kedua, manakala 132,562 adalah bagi dos pertama.

Vaksin COVID-19: 10,000 penerima dos kedua di Sandakan 'ghaib'
Setakat ini Sandakan merekodkan 42 peratus daripada 363,000 penduduk yang sudah menerima dua dos vaksin.

76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.

Yayasan Felda sasar 90 peratus peneroka terima dos kedua menjelang akhir Oktober
Yayasan Felda kini sedang melaksanakan program vaksinasi khusus kepada peneroka di tiga negeri di Pantai Timur.