Dakwaan Lembaga Tabung Haji (TH) melanggar akta perbadanan itu ketika melakukan pembayaran hibah bagi tahun 2015, 2016 dan 2017, sepertimana disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof adalah tidak benar sama sekali, kata bekas pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.
Ahli Parlimen Baling itu berkata, laporan audit disediakan PricewaterhouseCoopers (PwC) yang menyatakan nilai liabiliti TH ialah RM74.4 bilion melebihi nilai aset (RM70.3 bilion) adalah tidak tepat kerana ia tidak mengambil kira nilai realis aset keseluruhan.
Abdul Azeez berkata, nilai realis aset keseluruhan yang dimaksudkan termasuk anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat usahasama dan hartanah.
“Saya terkejut dengan dakwaan menteri kononnya pengurusan terdahulu telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dengan tidak mengikut Akta Tabung Haji 1995.
“Dengan kata lain, TH dikatakan telah membayar hibah kepada pendeposit secara haram berjumlah RM12.652 bilion selama empat tahun berturut-turut hingga 2017, mengakibatkan TH kekurangan RM4.1 bilion,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Menjelaskan lanjut, Abdul Azeez berkata, laporan yang disediakan PwC tidak mengambil kira laporan penuh syarikat firma pengauditan terdahulu iaitu Ernst & Young (EY).
“Bagi tahun 2015, nilai realis aset adalah RM64.7 bilion, berbanding liabiliti, termasuk bayaran hibah berjumlah RM63.3 bilion, yakni lebihan aset sebanyak RM1.4 bilion.
“Nilai aset realis pada 2016 ialah sebanyak RM69.1 bilion, agregat liabiliti selepas mengambil kira hibah 2016 ialah sebanyak RM68.4 bilion, maka ada lebihan aset ke atas liabiliti sebanyak RM701 juta.
“Bagi tahun 2017, nilai aset realis adalah sebanyak RM74.7 bilion, berbanding agregat liabiliti termasuk bayaran hibah 2017 sebanyak RM74.4 bilion, maka ada lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM373 juta,” kata beliau.
BACA: TH perlu saman individu terlibat dalam salah laku - Asyraf
BACA: Tabung Haji perlu tumpu semula kepada tujuan asalnya - Anwar
Ini, jelas Abdul Azeez lagi, menunjukkan TH telah membayar hibah mengikut peruntukan Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dan tidak menyalahi sebarang undang-undang.
Beliau berkata, penyata kewangan yang dibentangkan ke Parlimen setiap tahun belum mengambil kira kesemua aset pada nilai pasaran terkini, yang juga bermaksud nilai realis aset.
“Apa yang dibuat oleh TH terdahulu tidak salah kerana penilaian tersebut disahkan oleh Tetuan EY yang sangat profesional dan beretika.
“Selain EY, laporan dan kedudukan kewangan TH telah disemak oleh Jabatan Audit Negara (JAN), yang kemudiannya memperakukan melalui sijil bersih setiap tahun kepada TH,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
Beliau berkata, sungguhpun wujud perbezaan pandangan dan tafsiran mengenai dasar perakaunan dalam penilaian aset antara EY dan PwC, laporan muktamad adalah berdasarkan pengesahan JAN.
Firdaus Azil
Tue Dec 11 2018

ABDUL AZEEZ: Selain EY, laporan dan kedudukan kewangan TH telah disemak oleh Jabatan Audit Negara (JAN), yang kemudiannya memperakukan melalui sijil bersih setiap tahun kepada TH. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan Azeez Rahim dalam saman terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng ke tarikh lain.

Rayuan Abdul Azeez kes saman fitnah terhadap Guan Eng didengar Mei 2023
Pendengaran rayuan Abdul Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Guan Eng ditetapkan semula pada 19 Mei tahun depan.

Dewan kecoh: Azeez dakwa cakap Tamil dengan gajah, Rayer anggap itu biadab, kurang ajar
Kerana enggan patuh pada arahan, Speaker arahkan RSN Rayer keluar dari Dewan selama 10 minit

Isu Tabung Haji kembali hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) terus menjadi topik hangat diperdebat di Dewan Rakyat.

Abdul Azeez dakwa Mujahid terkhilaf dalam isu TH
Laporan audit yang disediakan PricewaterhouseCoopers menyatakan nilai liabiliti TH ialah RM74.4 bilion melebih nilai aset (RM70.3 bilion) adalah tidak tepat.

Azeez Rahim, Riza Aziz dipanggil SPRM
Kehadirannya dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Tuntut maaf terbuka, Guan Eng diberi masa 4 hari
Datuk Seri Abdul Azeez Rahim memberi tempoh empat hari kepada Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dirinya.

Rombakan MT UMNO: Ahmad Maslan pegang portfolio Informasi, IT
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan rombakan beberapa portfolio Majlis Tertinggi UMNO.

Tragedi kren tumbang Mekah: TH belum terima laporan siasatan penuh
Tabung Haji belum menerima laporan hasil siasatan penuh tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Mekah.

121 jemaah Malaysia terkandas di Madinah dibawa pulang
Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang esok.