"Abah sudah tiada dan tidak akan kembali lagi". Itu ungkapan yang diulang setiap hari oleh seorang ibu kepada anak perempuannya untuk meyakinkannya tentang kepergian bapa untuk selamanya.
Shahmiza Salleh, 31, berkata pesanan itu ditegaskan kepada anak sulungnya itu yang baru berusia empat tahun agar dia akhirnya faham tentang nasib yang telah melanda keluarga.
Shahmiza adalah balu Allahyarham anggota bomba, Adnan Othman, 33, yang terkorban bersama lima anggota lain dalam misi mencari dan menyelamat remaja mangsa lemas berusia 17 tahun di sebuah lombong tinggal di Puchong, Selangor, Rabu lalu.
Ibu itu yang bekerja sebagai Pengajar Latihan di Institut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sungai Buloh berkata, kedua-dua anak perempuannya, masing-masing berusia empat dan dua tahun setakat ini tidak menunjukkan sebarang emosi yang tidak menentu.
"Anak sulung sering saya pesan bahawa bapanya sudah tiada dan tidak akan kembali, mungkin suasana ketika ini dimana rumah dikunjungi sanak saudara, kawan-kawan dan sebagainya membuatkan mereka leka dan tidak bertanyakan tentang bapanya.
"Sejak hari kejadian lagi saya sudah pesan begini... cuma selepas ini tidak pasti apa reaksi atau keadaan mereka berdua ini," katanya.
BACA: 'Ustat' PASKAL kongsi posting terakhir anggota bomba sebelum terkorban
Terdahulu, Shahmiza dan keluarga diziarahi Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Datuk Mahfuz Omar.
Pada kunjungan itu, Mahfuz turut menghulurkan bantuan kewangan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi membantu meringankan urusan harian keluarganya.
Shahmiza merakamkan penghargaan atas kesudian Mahfuz serta pegawai kanan JKKP yang prihatin dan mengambil peduli aspek keselamatan dan kesihatan warga kerja.
Jenazah Allahyarham penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Adnan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lukut pukul 2 petang diiringi kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 4 Oktober lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 07 2018

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar (dua, kanan) menyerahkan sumbangan ketika menziarahi keluarga Allahyarham Adnan Othman (dari,kiri) balu Allahyarham Nor Shahmiza Salleh bersama anak Alia Maisara, 2, di Lukut hari ini. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

"Abah dah tiada, tak akan pulang lagi", pesan ibu kepada anak
"Abah sudah tiada dan tidak akan kembali lagi". Itu ungkapan yang diulang setiap hari oleh seorang ibu kepada anak perempuannya untuk meyakinkannya tentang kepergian bapa untuk selamanya.

Kebajikan anak arwah Adnan diberi perhatian - TPM
Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kebajikan berkenaan turut melibatkan soal pendidikan.

Bomba lemas: Bapa remaja jatuh lombong ucap takziah
Kawasan lombong itu memang tidak berpagar dan menjadi tempat penduduk termasuk warga asing menangkap ikan.

"Dia baru buat 'surprise' minggu lepas, kali ni dia sudah tiada"
Othman Surati berkata kali terakhir berjumpa dengan anaknya adalah pada 29 September ketika Adnan balik kampung buat 'surprise'.