KUALA LUMPUR: Sebanyak 90 peratus daripada 8,820 tiket tambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) laluan pergi dan balik KL Sentral - Padang Besar dan KL Sentral - Butterworth dijual sejak ia mula dibuka pada 24 Mac lepas sehingga kini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penambahan empat tren itu susulan permintaan yang tinggi daripada orang ramai selepas tiket biasa bagi ETS dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity bermula 19 hingga 25 April telah habis dijual bagi sektor utara.
"Semua ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat dapat pulang ke kampung masing-masing menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam walaupun kita ada kapasiti yang terhad," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan 1,000 pek hari raya di stesen KL Sentral di sini hari ini.
Beliau berkata selain laluan sektor utara, KTMB juga menawarkan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri, buat pengguna yang ingin pulang ke pantai timur.
Menurutnya bermula dari stesen KL Sentral hingga ke stesen Tumpat, perkhidmatan itu menawarkan empat perjalanan pergi dan balik dengan 1,864 tiket.
Setakat hari ini, katanya sebanyak 1,685 tiket telah terjual bagi perkhidmatan tersebut.
Sementara itu, mengenai cadangan kerajaan Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik, Loke berkata ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan itu dan berkata penubuhan syarikat penerbangan tersebut boleh meredakan keadaan kadar tambang yang mahal khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Anthony Loke berkata penambahan empat tren itu susulan permintaan yang tinggi daripada orang ramai. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.

KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS
Semua pengguna tren KTMB dinasihat tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.

KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Deepavali
KTMB akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua ETS bagi laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar dan sebaliknya sempena Deepavali.

Tiket tambahan tren ETS sempena cuti Awal Muharram dijual mulai esok
Perkhidmatan tambahan itu bermula 5 hingga 7 Julai itu menawarkan 2,520 tiket termasuk dalam koc kelas perniagaan.

Penumpang ETS KL-Ipoh nikmati perjalanan lebih pendek mulai Ogos
Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan sebaliknya akan menikmati masa perjalanan lebih pendek dengan pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres bermula Ogos ini.

KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual pada 3 petang hari ini.

Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB
KTMB akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan perkhidmatan ETS.

Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan ETS KTMB yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.

Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina
Terdapat penambahan empat perkhidmatan sehari bagi laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral sepanjang tempoh 7 Februari hingga 13 Februari 2024.

Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.