IPOH: Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan sebaliknya akan menikmati masa perjalanan lebih pendek dengan pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres bermula Ogos ini.
Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata perkhidmatan itu akan memendekkan perjalanan kepada dua jam untuk sektor KL Sentral-Ipoh berbanding kira-kira 2 jam 40 minit sebelum ini.
"Ini adalah penambahbaikan yang kita buat untuk penumpang dari KL ke Ipoh selaras dengan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa 1 yang siap secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pakej Promosi Maklumat Produk dan Tempat Pelancongan di Bandaraya Ipoh melalui ETS di sini hari ini dan turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.
Sebelum ini, KTMB dalam kenyataan memaklumkan akan memperkenalkan enam perkhidmatan ETS Ekspres daripada 32 perkhidmatan sedia ada bagi sektor KL Sentral-Ipoh-KL Sentral, KL Sentral-Butterworth-KL Sentral dan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral.
Dengan perkhidmatan tersebut tren ekspres hanya akan berhenti di stesen utama dan perjalanan mengambil masa dua jam bagi sektor KL Sentral-Ipoh, sektor KL Sentral-Butterworth (tiga jam 30 minit) dan KL Sentral-Padang Besar (empat jam 50 minit).
Sementara itu, Rumaizi berkata pengiklanan melalui ETS menjadi inisiatif terbaharu yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama KTMB bagi mempromosikan maklumat produk dan tempat pelancongan menarik di bandar raya itu.
"Pada Disember tahun lalu MBI telah mengambil pendekatan melancarkan Tahun Melawat Ipoh 2023 sebagai showcase kepada Tahun Melawat Perak 2024 dan satu langkah persediaan meletakkan bandar raya Ipoh dalam peta pelancongan sebelum Tahun Melawat Malaysia 2026
"Memandangkan perjalanan ETS adalah dari Kuala Lumpur sehingga Padang Besar di sebelah utara dan dari Kuala Lumpur ke Gemas di sebelah selatan, maka pihak MBI amat yakin pengiklanan ini akan menarik lebih ramai pengunjung ke bandar raya Ipoh," katanya.
Beliau berkata produk yang akan dipromosikan telah disegmenkan kepada 3H (Hipster, Heritage and Health) meliputi pertumbuhan kafe berbentuk hipster, 27 bangunan bersejarah yang wujud sejak zaman British dan fasiliti hospital yang canggih serta sedia menerima pesakit luar negara untuk mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Rumaizi (lima, kiri) ketika pelancaran Pengiklanan Pakej Promosi Maklumat Produk-Produk dan Tempat-Tempat Pelancongan Menarik di Bandar Raya Ipoh Melalui Perkhidmatan ETS di Stesen Kereta Api Ipoh. - Bernama

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.

KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS
Semua pengguna tren KTMB dinasihat tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.

KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Deepavali
KTMB akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua ETS bagi laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar dan sebaliknya sempena Deepavali.

Tiket tambahan tren ETS sempena cuti Awal Muharram dijual mulai esok
Perkhidmatan tambahan itu bermula 5 hingga 7 Julai itu menawarkan 2,520 tiket termasuk dalam koc kelas perniagaan.

Penumpang ETS KL-Ipoh nikmati perjalanan lebih pendek mulai Ogos
Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan sebaliknya akan menikmati masa perjalanan lebih pendek dengan pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres bermula Ogos ini.

KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual pada 3 petang hari ini.

Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB
KTMB akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan perkhidmatan ETS.

Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan ETS KTMB yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.

Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina
Terdapat penambahan empat perkhidmatan sehari bagi laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral sepanjang tempoh 7 Februari hingga 13 Februari 2024.

Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.