PAGI itu, setahun yang lalu, cuaca cerah dan langit terang. Pagi itu, setahun yang lalu, dia anak muda awal 20-an melaksanakan tanggungjawabnya sebagai warganegara buat kali pertama.
Anak muda itu bersama beberapa temannya bertekad untuk menunaikan tanggungjawab demi negara yang tercinta.
Pagi itu, setahun yang lalu, anak muda itu keluar mengundi.
Di tempat mengundi, hari masih awal. Pusat pengundian baru dua jam dibuka tetapi orang yang sedang berbaris menunggu giliran untuk memangkah calon pilihan mereka sudah terlalu ramai.
Di setiap saluran, anak muda itu melihat barisan panjang sedang menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab lima tahun sekali itu.
Ada yang sudah lebih setengah jam berbaris menunggu giliran untuk mencelup jari seterusnya memangkah calon pilihan.
"Tak pernah lagi ramai macam ni, orang muda terlalu ramai kali ini, macam ada satu isyarat mereka nak hantar ni," anak muda itu terdengar perbualan dua individu dari sebuah parti yang berada di kawasan sekolah tempat dia membuang undi.
"Kalau macam ni gayanya, bungkus kita," kata seorang lagi individu.
Anak muda itu tersenyum girang. Hatinya berbunga-bunga. Jika benar seperti yang dikatakan oleh dua individu itu, hasrat dia dan teman-temannya tercapai. Impian mereka akan menjadi kenyataan.
Anak muda itu melihat jam di tangan, masih ada kurang lebih enam jam lagi pusat pengundian akan ditutup.
Malam tiba, anak muda itu dan beberapa temannya berkumpul di sebuah restoran dan menunggu keputusan diumumkan.
Setiap keputusan diterima menerusi telefon bimbit mereka. Anak muda itu dan teman-temannya mengikuti perkembangan setiap keputusan menerusi beberapa portal berita.
Malam kian larut, keputusan yang ditunggu-tunggu masih belum diumum secara rasmi. Menerusi aplikasi WhatsApp, keputusan tidak rasmi sudah mula tular. Namun biarpun malam kian lewat, pihak yang bertanggungjawab, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih tidak mengumumkan keputusan rasmi.
Lebih menyakitkan menerusi stesen televisyen berbayar, disiarkan secara langsung kata-kata Pengerusi SPR yang meminta wartawan yang bertugas supaya balik tidur. Di stesen tv itu juga, seorang tetamu jemputan rancangan bual bicara hilang sabar dengan kerenah Pengerusi SPR itu.
Akhirnya, SPR tidak dapat lagi melengah-lengahkan pengumuman penting itu. Hasrat anak muda dan teman-teman itu yang mahu melihat perubahan pentadbiran kerajaan tercapai.
Sebuah pemerintahan selama 61 tahun akhirnya tumbang kerana tidak menghiraukan suara keramat, suara rakyat. Anak muda itu dan teman-temannya serta sebahagian besar rakyat Malaysia gembira apabila berakhirnya pentadbiran sebuah parti yang dianggap tidak lagi relevan.
Kini tiba masa untuk kerajaan baharu dan Malaysia baharu. Kini tiba saat yang diidamkan.
Hari ini, selepas setahun peristiwa bersejarah itu, sebahagian teman-teman anak muda itu kecewa dengan pentadbiran baharu yang ada ketikanya berperangai seperti kerajaan lama atau mungkin lebih teruk dari yang dahulu.
Sebahagian daripada teman-teman anak muda itu yang mengharapkan perubahan dan janji-janji ditunaikan kini mula mengubah sokongan.
Anak muda itu dan sebahagian lagi teman-temannya masih menaruh keyakinan terhadap kerajaan baharu biarpun mereka mengakui rungutan atau bebelan teman-teman yang lain ada benarnya.
Mereka mengakui selepas setahun, tidak banyak yang dilakukan oleh pentadbiran baharu. Kos sara hidup masih lagi tidak berubah, malah ada yang merasakan ia semakin menyukarkan.
Ada juga yang menganggap segala kesulitan tentang kos sara hidup yang dirasakan ketika pentadbiran lama semakin meruncing di bawah kerajaan baharu. Ada yang menganggap kehidupan di zaman rejim lama adalah lebih baik.
Anak muda itu mengakui banyak perkara gagal dilaksanakan oleh pentadbiran baharu. Naratif perkauman gagal dibendung, komunikasi dengan rakyat juga dilihat gagal.
Itu belum masuk soal seni, sastera dan bahasa yang dilihat langsung tidak berubah. Malah ada yang menganggap kerajaan baharu dan lama sama-sama tidak boleh diharap dalam isu seni, sastera dan bahasa.
Anak muda itu dan sebahagian temannya juga kecewa kerana selepas setahun, masih ada gerombolan yang memainkan isu perkauman demi kepentingan politik mereka. Ada juga yang jadi penunggang agama untuk mencapai cita-cita politik mereka.
Fikir anak muda itu, kalau begini sampai bila politik di negara ini akan matang.
Hari ini, selepas setahun, anak muda itu dan sebahagian teman-temannya berharap untuk tahun kedua akan ada perubahan demi Malaysia Baharu. Tidak ada lagi 'blame game' sebaliknya bekerja untuk memastikan Malaysia terus maju dan ekonomi rakyat terbela.
Hari ini, selepas setahun, anak muda itu dan sebahagian teman-temannya berharap, Malaysia kembali disegani seperti suatu masa dahulu.
Irwan Muhammad Zain
Wed May 08 2019

Kini tiba masa untuk kerajaan baharu dan Malaysia baharu. Kini tiba saat yang diidamkan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.

Iltizam Pakatan Harapan bela nasib rakyat - Muhyiddin
Usaha untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

9 Mei selepas setahun
Anak muda itu dan teman-temannya serta sebahagian besar rakyat Malaysia gembira apabila berakhirnya pentadbiran sebuah parti yang dianggap tidak lagi relevan.

Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Gooi Hsiao Leung berkata parti itu amat memerlukan agenda pembaharuan dan hala tuju yang baharu selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

'Rise: Ini Kalilah' hargai keberanian rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia merupakan hero luar biasa melalui tindakan berani mereka pada PRU14 itu yang penuh iltizam serta bersemangat kental bagi memastikan keadaan negara ini bertambah baik.

Kerajaan Pas Kelantan bakal tumbang - Tun Daim
Tanpa menamakan parti yang menjadi pengganti, bekas menteri kewangan itu berkata, ia berlaku disebabkan pendekatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengelirukan ahli Pas sendiri.

Calon dinasihat tidak jarakkan diri dengan media - Dr Jeniri
Calon calon yang bertanding dalam pilihan raya dinasihat tidak menjarakkan diri dari media konvensional.

Hari mengundi Rabu tidak jejas peratusan keluar mengundi - Wan Ahmad
Jumlah peratusan mengundi pada setiap PRU yang diadakan mencatatkan peratusan pengundi keluar mengundi melebihi 70 peratus.

Sabah umum cuti kelepasan am tambahan pada 9 Mei
Setiausaha Kerajaan Negeri, Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan berkata, tarikh cuti ini adalah bagi memudahkan urusan rakyat di negeri ini melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Pulau Pinang akan pertimbang tarikh 9 Mei sebagai cuti umum
Lim Guan Eng sedang berbincang dengan pelbagai agensi berkaitan di negeri itu dan berharap kerajaan pusat juga dapat mengambil langkah sama.