SEREMBAN: Sekurang-kurangnya sembilan individu dijangka didakwa di mahkamah berkaitan kes penyelewengan geran peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), awal tahun depan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata individu terbabit adalah daripada 10 syarikat penerima geran berkenaan yang disiasat SPRM sebelum ini.
"Kita dah di peringkat akhir (siasatan) dan membuat perbincangan dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) beberapa kali," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kolokium Antirasuah 'Adat Perpatih Melingkari Hidup Berintergriti' di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata 17 lagi syarikat masih sedang disiasat berhubung kes berkenaan dan akan diteruskan dengan syarikat lain secara berfasa selain ia memerlukan tempoh yang agak panjang berikutan penyiasatan melibatkan rasuah dan agak rumit.
BACA: Penyelewengan dana Mitra: SPRM siasat 337 organisasi, tahan 18 individu
Pada 22 Nov lepas, Azam berkata kertas siasatan melibatkan 10 syarikat yang menerima geran peruntukan Mitra akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk proses perundangan selanjutnya.
Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedang meneliti semua permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang dikatakan telah dilaksanakan penerima geran peruntukan Mitra sejak 2019 hingga 2021 susulan penahanan beberapa pengarah syarikat yang disyaki terlibat dengan penyelewengan geran itu.
Sebanyak 337 syarikat, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) dikenal pasti telah diluluskan geran peruntukan oleh Mitra sejak 2019 hingga 2021 dengan peruntukan berjumlah kira-kira RM203 juta.
Sementara itu, Azam berkata pihaknya akan meneliti sama ada isu berhubung kewujudan kartel di pelbagai peringkat dalam kalangan pegawai imigresen berada di bawah bidang kuasa SPRM atau tidak selepas mendapat maklumat terperinci daripada Jabatan Imigresen (JIM).
"Kenyatan itu timbul mungkin daripada siasatan dalaman di JIM, sehingga kini saya masih belum ada maklumat sebenar sama ada berkaitan dengan broker atau rasuah dan menjangkau pegawai di JIM, jadi saya tidak boleh buat spekulasi," katanya.
Pada 1 Dis lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendedahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kewujudan kegiatan kartel dalam JIM termasuk berkaitan urusan kenaikan pangkat dalam jabatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Azam berkata individu terbabit adalah daripada 10 syarikat penerima geran berkenaan yang disiasat SPRM sebelum ini. - Gambar fail/ Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

9 individu dijangka dituduh isu seleweng geran Mitra
Sekurang-kurangnya sembilan individu dijangka didakwa di mahkamah berkaitan kes penyelewengan geran peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), awal tahun depan.