SEREMBAN: Sebanyak 89 titik panas dikenal pasti berpotensi berlakunya kejadian banjir di seluruh Negeri Sembilan berikutan fenomena Monsun Timur Laut, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata susulan itu pelbagai persediaan dilakukan kerajaan negeri dalam menghadapi kemungkinan banjir termasuk mewujudkan bilik gerakan yang akan dihubungkan dengan beberapa agensi dan jabatan supaya dapat bertindak segera sebaik bencana melanda.
Aminuddin berkata kerajaan negeri juga ketika ini sedang mengumpulkan sukarelawan khususnya dalam kalangan golongan muda bagi membantu menyalurkan bantuan dengan segera ketika bencana selain membantu agensi penguat kuasa.
"Kali ini kawasan titik panas banjir bertambah berbanding 81 lokasi dengan 369 tempat banjir yang berlaku pada akhir tahun lepas...apa yang penting masyarakat dalam kawasan itu sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Apresiasi Sambutan hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri di sini semalam.
Menurutnya, pertemuan dengan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor akan diadakan bagi menyelaraskan bantuan yang boleh disalurkan segera sekiranya banjir tidak berlaku secara serentak.
Aminuddin berkata kerajaan negeri juga akan menyelaras semula pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir dengan sekolah berasrama penuh digunakan dahulu sebagai PPS kerana mempunyai kemudahan yang lengkap.
Mengenai isu lain, Aminuddin berkata mana-mana persatuan sukan di negeri ini yang tidak menunjukkan prestasi baik akan digugurkan daripada menyertai temasya sukan termasuk Sukan Malaysia (Sukma) akan datang bagi mengelakkan pembaziran.
"Kita tak mahu lihat elaun dibayar, persatuan diberi peruntukan tapi hasilnya tetap sama dari tahun ke tahun, namun mana-mana persatuan yang berpotensi kita akan terus bantu," katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada atlet negeri ini yang menyumbang keseluruhan 53 pingat dalam Sukma 2022.
Sementara itu, Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga berakhirnya penggal tahun depan merupakan langkah terbaik bagi mengelakkan kerajaan berbelanja besar sekiranya ia diadakan berasingan.
"Kenapa nak segerakan kalau kos tinggi...perlu melihat masalah ekonomi dan kemungkinan banjir besar," katanya sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam bahawa pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dibuat serentak akan meningkatkan kos perbelanjaan pilihan raya hampir dua kali ganda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022

Aminuddin berkata kerajaan negeri juga sedang mengumpulkan sukarelawan khususnya dalam kalangan golongan muda bagi membantu menyalurkan bantuan dengan segera ketika bencana. - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalamualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.

Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.

Hampir 2,000 meriahkan Assalamualaikum RaRa 2025 di Negeri Sembilan
Program Assalamualaikum RaRa 2025 bertemakan 'Meriah Lain Macam' menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan masjid.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.