KUANTAN:Sebanyak 89 fasiliti kesihatan di Pahang terjejas oleh banjir yang berlaku baru-baru ini dengan 16 daripadanya ditenggelami air, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Awang Ngah.
Beliau berkata fasiliti yang dinaiki air ialah klinik kesihatan dan klinik desa di Temerloh, Bera, Lipis, Maran, Pekan serta Raub, manakala baki 73 lagi terputus hubungan apabila laluan terpaksa ditutup akibat ditenggelami air.
"Walaupun terjejas banjir, operasi fasiliti terlibat masih diteruskan dengan menumpang di klinik kesihatan atau klinik desa, masjid atau bangunan sekolah berhampiran supaya penduduk tidak terlepas temu janji penting atau dalam situasi kecemasan.
"Daerah Temerloh yang teruk dilanda banjir mencatatkan jumlah fasiliti paling banyak terjejas iaitu 25 buah termasuk 17 klinik desa, lima klinik kesihatan dan sebuah makmal pemakanan di Mentakab," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Dr Bahari juga memaklumkan sepanjang banjir melanda, 97 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) turut menjadi mangsa banjir manakala 410 orang lagi berdepan masalah untuk keluar bertugas kerana laluan terputus hubungan.
Mereka yang terputus hubungan bagaimanapun kekal berkhidmat sama ada di lokasi penugasan asal atau melaporkan diri di klinik kesihatan berhampiran, menjadikan jumlah kakitangan JKNP yang berkhidmat sepanjang banjir seramai 15,549 orang di seluruh negeri.
"Sepanjang banjir, kita juga menghantar pasukan perubatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan, menguruskan saringan kes COVID-19 manakala pasukan kesihatan bertugas memeriksa aspek kebersihan, memantau kualiti air minum dan menyiasat kejadian kes berjangkit jika ada, supaya langkah pencegahan boleh dilakukan segera.
"Bagi operasi pascabanjir, pasukan kesihatan akan meneruskan kerja seperti penilaian risiko penyakit bawaan air, menjalankan kerja pengklorinan sumber bekalan air dan memantau kebersihan premis makanan bagi menentukan premis terlibat selamat untuk beroperasi semula," katanya.
Menurutnya sepanjang banjir berlaku, sebanyak 20 pusat kuarantin mangsa banjir diwujudkan di seluruh Pahang bagi menempatkan kontak rapat COVID-19 sebagai langkah berwaspada dengan lima daripadanya, iaitu masing-masing satu di Lipis, Temerloh, dan Pekan serta dua di Jerantut, menerima 35 individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat.
Sepanjang tempoh itu juga JKNP memantau keberadaan 91 individu kontak rapat yang menjalani kuarantin kendiri di rumah di lokasi berisiko banjir supaya operasi pemindahan mereka dapat dilakukan secepat mungkin jika keadaan memerlukan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Daerah Temerloh yang teruk dilanda banjir mencatatkan jumlah fasiliti paling banyak terjejas iaitu 25 buah termasuk 17 klinik desa, lima klinik kesihatan. - Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Kemudahan kesihatan lebih baik di Sarawak turut beri manfaat rakyat lain
Rancangan Sarawak tambah baik kemudahan kesihatan turut mengurangkan beban penduduk di Sabah serta negara jiran untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Tiada wabak AGE dikesan di Penampang
Tiada wabak Gastroenteritis Akut (AGE) berlaku di Penampang walaupun terdapat kes penyakit itu dikesan di daerah tersebut, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna.

Kekurangan jururawat diunjur hampir 60 peratus 2030 - Dr Dzulkefly
Kerjasama sektor awam dan swasta dapat bantu atasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.

COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

COVID-19: Kes meningkat kepada 6,796 pada ME48/2023
Kes COVID-19 dalam negara meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Disember 2023.

COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Musim tengkujuh: JKNK kenal pasti lebih 40 fasiliti kesihatan berisiko banjir di Kelantan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengenal pasti lebih 40 fasiliti kesihatan negeri berisiko mengalami banjir pada musim tengkujuh.

Sabah perlu peruntukan besar untuk naik taraf fasiliti kesihatan - Hajiji
Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik terbanyak di Malaysia namun kebanyakannya berada dalam keadaan usang serta daif.

Jabatan Kesihatan Melaka nafi anjur kutipan wang di luar premis kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka tidak pernah menganjurkan sebarang kutipan wang dari premis ke premis perniagaan oleh mana-mana kakitangan jabatan itu bagi tujuan membiayai buletin persatuan.