KOTA KINABALU: Tiada wabak Gastroenteritis Akut (AGE) berlaku di Penampang walaupun terdapat kes penyakit itu dikesan di daerah tersebut, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna.
Beliau berkata pemantauan AGE oleh Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Penampang pada minggu epid (ME) 24 Jun lepas mendapati kes AGE sedikit melepasi paras bertindak yang ditetapkan, justeru langkah kawalan telah ditingkatkan JKNS.
"Taburan kes AGE yang dilaporkan adalah bersifat sporadik dan tiada wabak AGE yang dikesan. Survelan pada 25 Jun 2024 menunjukkan kes AGE berada di bawah paras berhati-hati," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya JKNS dengan kerjasama PKK Penampang akan terus memantau situasi kes AGE melalui survelan AGE di semua fasiliti kesihatan daerah Penampang.
Sementara itu, Dr Asits berkata Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kota Kinabalu telah mengarahkan tiga premis makanan ditutup berikutan operasi penguatkuasaan Akta Makanan 1983 di Anjung Selera, Likas, Kota Kinabalu, semalam.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas 14 premis makanan, sebanyak empat notis kompaun dikeluarkan kerana kegagalan memastikan premis berada dalam keadaan bersih dan pengendali tidak mempunyai kursus pengendalian atau suntikan antitifoid.
"Operasi melibatkan 22 penguat kuasa itu memeriksa tempat penyediaan dan penyimpanan makanan, rekod menghadiri kursus pengendalian makanan dan pemeriksaan kesihatan. JKNS menasihatkan orang ramai memilih premis makanan bersih dan sentiasa peka dalam aspek keselamatan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Menurut Dr Asits, JKNS dengan kerjasama PKK Penampang akan terus memantau situasi kes AGE melalui survelan AGE di semua fasiliti kesihatan daerah Penampang. - Gambar fail
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.