ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Disember 2023.
1. MKT UMNO pecat Isham Jalil
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu, mengambil keputusan untuk memecat seorang ahli MKT, iaitu Isham Jalil daripada parti itu serta-merta.
2. Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
Usahawan berketurunan Kemboja dan anak lelakinya yang terbabit dalam kontroversi kenyataan mendakwa orang Melayu malas menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
3. Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Setiausaha UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Johor berkuat kuasa serta-merta.
4. Tiada bilik VIP dalam penjara - Saifuddin
Tiada bilik khas untuk banduan orang kenamaan (VIP) di Penjara Sungai Buloh atau mana-mana penjara di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
5. Langgar Syed Danial: Bekas pekerja IT dipenjara 16 tahun
Bekas pekerja teknologi maklumat (IT) yang melanggar sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuh Raya Utara Selatan, empat tahun lalu, dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.
6. PISA 2022: Pencapaian merosot, keciciran pembelajaran ketika pandemik faktor utama
Keciciran pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dilihat sebagai faktor utama yang mempengaruhi pencapaian murid sekolah Malaysia dalam laporan Programme for International Student Assessment (PISA) 2022.
7. Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh
Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia pada malam Rabu disahkan mati dibunuh.
8. Penjenayah siber, kewangan beroperasi seperti sebuah organisasi - Fadillah
Kerajaan perlu bergerak selangkah ke hadapan untuk bersiap sedia dengan pelbagai usaha pencegahan yang lebih efektif bagi menghadapi cabaran jenayah siber yang kian dinamik.
9. COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
10. KPM kembali beri fokus kepada 3M
Menyedari bahawa Malaysia belum berada dalam kedudukan yang baik dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), Kementerian Pendidikan (KPM) akan kembali memberi fokus kepada kemahiran asas literasi membaca, menulis dan mengira (3M).
Astro Awani
Thu Dec 07 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Disember 2023.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 November 2024.