KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses perolehan vaksin bagi meneruskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada 820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 yang tercicir daripada mendapat suntikan vaksin berkenaan.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Saun berkata pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menyebabkan gangguan bekalan vaksin HPV peringkat global, sekali gus menjejaskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV di Malaysia, khususnya melibatkan pelajar perempuan Tingkatan 1 bermula 2021.
"Proses perolehan vaksin ini telah mengambil kira proses perolehan kerajaan selaras pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
"KKM komited memastikan semua pelajar perempuan (Tingkatan 1) kohort 2021, 2022 dan 2023 yang tercicir dapat terima vaksin HPV sebelum mereka tamat persekolahan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu perancangan KKM untuk membeli vaksin HPV, jenis vaksin dan jangka masa untuk memastikan mereka yang tercicir terutamanya pada zaman COVID-19 mendapat vaksin yang diperlukan.
Lukanisman berkata keutamaan akan diberikan kepada pelajar perempuan Tingkatan 1 kohort 2021 terlebih dahulu, diikuti kohort 2022 dan kohort 2023, namun jangka masa pemberian suntikan bergantung kepada jumlah vaksin yang diperoleh kelak.
Menjawab soalan tambahan Dr Kelvin mengenai usaha mempercepatkan perolehan itu, beliau berkata KKM sudah membuka kepada petender untuk mendapatkan jenis vaksin bersesuaian dan sedang menunggu persetujuan Kementerian Kewangan agar proses perolehan ini dapat dilakukan segera.
Katanya KKM turut menyediakan 600 pasukan imunisasi yang sudah bersedia siap untuk proses vaksinasi di setiap sekolah dengan mobilisasi pasukan itu akan disegerakan sekiranya perolehan telah dipersetujui oleh kementerian.
"Sudah pasti kami akan jalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan memandangkan kumpulan sasar dalam lingkungan remaja perempuan 13 tahun dan 600 pasukan ini berada di luar bandar dan pinggir bandar," katanya.
Menjawab soalan tambahan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berhubung vaksin satu dos dan usaha mendapatkan vaksinasi HPV berkenaan, beliau berkata KKM yakin usaha memperoleh vaksin itu akan dapat dipercepatkan sekali gus memastikan tiada yang tercicir daripada mendapatkan imunisasi berkenaan.
"Berkenaan dos (HPV), ketika ini sememangnya kita guna pemberian vaksin kuadrivalen sebanyak dua dos dan perancangan kami untuk perolehan akan datang untuk beri vaksin satu dos. Kita beri jaminan keberkesanan dengan penggunaan satu dos tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menyebabkan gangguan bekalan vaksin HPV peringkat global, sekali gus menjejaskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV di Malaysia. - Gambar hiasan

PM saran KKR teruskan penggunaan teknologi terkini, jimat kos
Perdana Menteri berkata kementerian itu juga mesti berusaha menghasilkan infrastruktur yang berkualiti dan berfungsi sepertimana yang dimatlamatkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Mac 2025.

Sekolah bertingkat akan diperkenal bantu tangani masalah kepadatan - PM
Inisiatif sekolah bertingkat dengan kerjasama sektor korporat akan diperkenal bagi membantu menangani masalah kepadatan sekolah di kawasan bandar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kedai emas disamun, peniaga rugi RM250,000
Seorang peniaga di Pekan Kuala Sungai Baru kerugian RM250,000 selepas kedai emasnya disamun seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjatakan pistol mainan hari ini.

FAM belum putuskan wujud jawatan Presiden Kehormat
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Hamidin bakal kembali dalam kancah bola sepak negara sebagai Presiden Kehormat FAM.

Projek rintis sekolah bertingkat dilaksana tahun ini atasi isu sekolah padat
Projek rintis sekolah bertingkat bakal dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Pulau Pinang bermula tahun ini bagi menangani isu sekolah padat.

Angka korban di Gaza akibat serangan Israel melebihi 49,600 orang
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa 85 orang terbunuh dan 133 yang lain cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak awal pagi.
10 Berita Pilihan - (20 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harga emas global naik ke paras tertinggi baharu, kukuhkan niaga hadapan emas
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada Khamis, menjejaki pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada US$3,052 seauns.

820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 tercicir imunisasi HPV
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses perolehan vaksin bagi meneruskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada 820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1.