ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Mac 2025.


1. Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican

Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu.



2. Filipina sebuah negara berdaulat, bukan wilayah kuasa asing- Istana

Filipina kekal sebagai negara berdaulat dan bukan wilayah mana-mana kuasa asing, tegas Istana Malacanang pada Khamis.


3. Populasi Australia meningkat 1.8 peratus dalam setahun

Jumlah penduduk negara itu mencapai 27.3 juta pada 30 September tahun lalu, meningkat sebanyak 484,000 orang berbanding tempoh yang sama pada 2023.


4. Parlimen Indonesia lulus pindaan undang-undang tentera di tengah protes

Parlimen Indonesia meluluskan pindaan kontroversi terhadap Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI) meskipun berdepan bantahan daripada kumpulan mahasiswa dan organisasi masyarakat sivil.


5. Pemimpin EU bertemu di Brussels untuk bincang bantuan lanjut kepada Ukraine

Pemimpin EU dijadual berhimpun di Brussels pada Khamis untuk membincangkan sokongan lanjut kepada Ukraine.


6. Seorang petugas PBB maut, 5 parah dalam serangan di Gaza

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meluahkan rasa dukacita atas kematian seorang petugas bantuan PBB dalam serangan di sebuah kemudahan PBB di Gaza.


7. Ukraine setuju hentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga

Ukraine bersetuju dengan cadangan Amerika Syarikat untuk menghentikan serangan ke atas kemudahan tenaga, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.


8. Negara-negara Arab kecam cubaan bunuh Presiden Somalia

Beberapa negara Arab pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud sambil menegaskan sokongan terhadap keselamatan dan kestabilan negara itu.


9. 21 maut, lebih 6,400 cedera dalam festival api tahunan di Iran

Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala 6,419 lagi cedera semasa perayaan Chaharshanbe Suri, iaitu festival api tahunan di Iran.


10. Rusia, Ukraine laksana pertukaran tahanan terbaharu

Kementerian Pertahanan Rusia umum 175 anggota tenteranya dibebaskan dari wilayah yang dikuasai Ukraine hasil rundingan yang dijalankan.