KOTA KINABALU: Kira-kira 8,000 pakar perubatan keluarga diperlukan di klinik-klinik Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha untuk memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada komuniti khususnya di kawasan luar bandar.
Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi mencapai sasaran itu, KKM kini sedang meningkatkan kapasiti pakar perubatan keluarga menerusi program sarjana perubatan keluarga di universiti tempatan dan Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway dengan kerjasama kolej luar negara.
Beliau berkata menerusi program latihan tersebut, setiap tahun dianggarkan antara 100 hingga 120 graduan pakar perubatan keluarga akan dihasilkan, manakala kira-kira 100 orang pakar dihasilkan menerusi program sarjana di universiti tempatan.
"Dahulu bermula dengan 42 fasiliti yang ada pakar perubatan keluarga, tetapi sekarang kita sudah tingkatkan iaitu melihat kepada subspektrum rawatan kepada komuniti dan sekarang kita ada hampir 1,100 pakar perubatan keluarga dan di KKM hampir 700 orang pakar.
"Kita inginkan kepakaran perubatan keluarga ditempatkan di klinik, sekurang-kurangnya dua orang pakar (bagi setiap klinik) supaya mereka dapat memimpin pegawai perubatan dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta keselamatan, selain menjalankan program-program outreach sampai ke kawasan pedalaman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perubatan Saintifik Keluarga (FMS) ke-24 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC).
Dr Noor Hisham berkata, penempatan pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan akan membolehkan rawatan yang dahulunya dijalankan di hospital dilaksanakan di klinik tersebut, termasuk pemberian ubat-ubatan, sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital.
Sementara itu ketika ditanya mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, Dr Noor Hisham berkata ia bertujuan mencegah generasi baharu daripada memulakan tabiat merokok.
"Untuk generasi lama, kami tidak menganggu apa yang telah dilakukan pada masa dahulu.. kami memfokuskan pada generasi baharu yang dilahirkan pada 2007. Ini adalah kumpulan yang kami fokuskan untuk mencegah mereka daripada merokok, ini adalah salah satu inisiatif kami di KKM untuk pencegahan," katanya.
RUU itu, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lepas bertujuan melarang individu yang lahir pada dan selepas 1 Jan, 2007 daripada membeli atau memiliki rokok atau produk vape.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

Dr Noor Hisham berkata, KKM kini antara lain meningkatkan kapasiti pakar perubatan keluarga menerusi program sarjana perubatan keluarga di universiti tempatan. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bajet 2023: KKM sasar peruntukan kesihatan dinaikkan kepada lima peratus
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan lima peratus daripada keseluruhan diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi meningkatkan sistem kesihatan awam negara.

8,000 pakar perubatan keluarga diperlukan di klinik KKM - Dr Noor Hisham
KKM kini antara lain meningkatkan kapasiti pakar perubatan keluarga menerusi program sarjana perubatan keluarga di universiti tempatan.

Malaysia masih kurang pakar perubatan keluarga
Jumlah pakar perubatan keluarga (FMS) di negara ini masih rendah berbanding keperluan sebenar.