Setelah tempoh pemfailan tuntutan yang dibolehkan undang-undang berakhir pada hari ini, sebanyak 76 waris kepada 32 penumpang pesawat MH370 telah memfailkan saman terhadap Malaysian Airline System (MAS) Bhd, lapor media tempatan.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan mereka melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis lepas, dengan dokumen yang disampaikan kepada media oleh peguam Ganesan Nethi.
Waris yang memfailkan saman berkenaan terdiri daripada 66 warganegara China, lapan India dan dua Amerika.
Mereka turut menamakan Malaysia Airlines Bhd (MAB), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan sebagai defendan.
Tuntutan setebal 100 muka surat itu menyatakan dakwaan pihak plaintif bahawa MAS, DCA, TUDM telah melakukan kecuaian sehingga menyebabkan pengakhiran pesawat itu tidak dapat dikesan.
Pihak plaintif mendakwa, akibat kecuaian itu, mereka mengalami penderitaan emosi, mental dan fizikal serta kesusahan.
Dalam kenyataan tuntutan yang bertarikh 3 Mac itu, kesemua 76 waris berkenaan menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk dan kos perkabungan daripada pihak defendan, berikutan ‘kehilangan saraan kewangan kini dan masa depan, kehilangan perkhidmatan, kehilangan kasih sayang dan kecederaan psikologi’.
Pihak plaintif juga merasakan bahawa MAS, DCA, TUDM dan kerajaan bersekongkol secara salah dalam menjalankan operasi dan siasatan sehingga melewatkan proses pencarian.
Mereka juga mendakwa, kesemua defendan menyembunyikan maklumat secara tidak jujur mengenai kehilangan MH370 selain membuat kenyataan tidak benar kepada pihak media berhubung tindakan yang telah diambil untuk menjejakinya.
Astro Awani
Mon Mar 07 2016

Pihak plaintif mendakwa, mereka mengalami penderitaan emosi, mental dan fizikal serta kesusahan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

76 waris penumpang MH370 saman MAS dan 4 defendan lain
Waris yang memfailkan saman berkenaan terdiri daripada 66 warganegara China, lapan India dan dua Amerika.