Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), yang mengambil alih projek sekolah agama terbengkalai oleh pemaju sejak Oktober lalu, berjaya menyiapkan 38 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Abdul Mutalip Abd Rahim berkata projek yang membabitkan pembinaan 77 buah SAKJ itu, dijangka siap sepenuhnya pada 30 Jun tahun depan.
Beliau berkata status kemajuan perancangan sehingga September lalu melebihi jangkaan iaitu 70 peratus daripada 57 peratus yang dijangkakan.
"Ini merupakan perkembangan yang baik, namun kita lihat daripada perkembangan itu, kemungkinan projek boleh disiapkan lebih awal daripada yang dijangka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Majlis Tilawah Al-Quran SAKJ peringkat negeri dan penyerahan kunci Projek Pembangunan SAKJ di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.
Abdul Mutalib juga berkata sebanyak 27 buah sekolah lagi mampu disiapkan menjelang hujung tahun ini.
Sebelum ini, projek pembangunan SAKJ diusahakan MysyNet Development namun kerajaan negeri mengarahkan KPRJ mengambil alih projek itu kerana pemaju berkenaan hanya menyiapkan 18 buah SAKJ berbanding 95 SAKJ yang dijanjikan.
Bernama
Tue Oct 04 2016

ABDUL MUTALIP: Status kemajuan perancangan sehingga September lalu melebihi jangkaan iaitu 70 peratus daripada 57 peratus yang dijangkakan. - Foto Facebook Abdul Mutalip Abd Rahim

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

70 peratus sekolah agama kerajaan negeri terbengkalai berjaya disiapkan
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata projek yang membabitkan pembinaan 77 buah SAKJ itu, dijangka siap sepenuhnya pada 30 Jun tahun depan.