KUALA LUMPUR : Dua kawasan di Sarawak dan empat di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 hingga 16 Jun, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil penilaian risiko bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikut merupakan senarai kawasan yang dikenakan PKPD.

Dua lokaliti di Mukah, Sarawak
- Kampung Bunut
- Rumah Panjang Undum Anak Anchih, Sungai Duan

Tiga lokaliti di Kota Belud, Sabah
- Taman Nikmat
- Kampung Pirasan
- Kampung Dundau

Satu lokaliti di Tuaran, Sabah
-Kampung Simpangan