KOTA KINABALU:Seramai 51,294 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai esok.
Pengarah Pendidikan negeri Datuk Mistirine Radin dalam satu kenyataan berkata 33,503 daripadanya adalah calon yang akan menduduki peperiksaan awam SPM, manakala selebihnya STPM.
Mengulas situasi banjir di Sabah, Mistirine berkata 21 sekolah di empat daerah iaitu Beaufort, Kota Kinabalu, Beluran serta Tuaran terjejas kerana dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak minggu lepas.
Beliau berkata kesemua 4,891 murid dan 433 guru di sekolah terbabit boleh menjalankan PdPR bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa mengikut jadual.
Sementara itu di LUMUT, Perak, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata 28,637 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh Perak esok.
Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri telah bersiap sedia bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan secara bersemuka itu termasuk daripada aspek keselamatan dan kesihatan.
"Nasihat kerajaan negeri kepada semua warga pendidik supaya memastikan pematuhan pembudayaan norma baharu diikuti dan diperketatkan serta pastikan pelajar mendaftar esok memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan kerap mencuci tangan," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara City Harbour International School dan Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad di City Harbour International School di sini, yang bertujuan melaksanakan kerjasama strategik bagi menubuhkan Sekolah Rendah Al-Amin di Kampus City Harbour International School di Manjung.
Katanya kerjasama itu dapat mewujudkan satu persekitaran unik merangkumi sayap sekolah antarabangsa dan juga sekolah aliran kebangsaan yang diintegrasikan dengan elemen pendidikan agama Islam secara komprehensif.
Pada majlis itu, Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad diwakili Pengerusinya, Shaharom Md Shariff manakala City Harbour International School diwakili Pengasas dan Pengarah Urusannya N. S. Lal Muhuthan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Mistirine Radin dalam satu kenyataan berkata 33,503 daripadanya adalah calon yang akan menduduki peperiksaan awam SPM, manakala selebihnya STPM. - JPN
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Ke mana 'hilangnya' 10,000 calon SPM? Perlu ada laluan alternatif
Di sebalik ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, jelas wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan laluan pendidikan alternatif.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.

Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.

SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.

Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.