Sejumlah 455 individu ditahan atas kesalahan memandu dan menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Ini termasuk satu kematian dan beberapa lagi kemalangan jalan raya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pada tahun lepas sahaja seramai 979 orang ditahan atas kesalahan itu.
Ini membuktikan masih tiada kesedaran terhadap tahap bahaya pengambilan alkohol ketika memandu.
Mazlan turut mencadangkan agar hukuman lebih keras dikenakan berbanding denda RM1,000 ke RM2,000 ketika ini yang seolah tidak memberi impak kepada orang ramai.
"Pada tahun ini sahaja, dari Januari hingga Mei, kita telah mencatatkan sebanyak 455 kes mereka yang melakukan kesalahan membawa kenderaan di bawah pengaruh alkohol.
"Ada satu kes melibatkan kematian dan beberapa kes melibatkan pelanggaran membabitkan mereka yang mabuk.
"Kita pandang serius tentang perkara ini dan ini satu perkara yang perlu dielakkan," kata Mazlan dalam Ops Mabuk di Jalan Raja Laut, di sini, malam tadi.
Tambahnya, Polis Kuala Lumpur juga akan mempertingkatkan tahap kekerapan operasi bagi memburu pemandu mabuk.
Operasi yang bermula jam 9 malam itu memfokuskan tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mengutamakan ciri ciri keselamatan ketika pemanduan.
Hasilnya, 138 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala dua pemandu ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.
Astro Awani
Sat May 30 2020
![455 individu ditahan memandu dalam keadaan mabuk - Polis KL 455 individu ditahan memandu dalam keadaan mabuk - Polis KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590746763_MazlanLazim.jpg)
MAZLAN: Kita pandang serius tentang perkara ini dan ini satu perkara yang perlu dielakkan. -Gambar fail
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Lelaki mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan dua kematian Lelaki mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan dua kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720689365_TBMahkamahMajistret.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan dua kematian
Yong Sang Kein, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.
![25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur 25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714954430_tbRusdiMohdIsa.jpg)
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
![Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702693645_KemalanganMaut.jpg)
Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan dua guru meninggal dunia di Jalan Permatang Baru, Butterworth.
![Kertas siasatan polis disyaki mabuk, pandu lawan arus diserah ke Bukit Aman Kertas siasatan polis disyaki mabuk, pandu lawan arus diserah ke Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684473080_PolisLogoPolisP.jpg)
Kertas siasatan polis disyaki mabuk, pandu lawan arus diserah ke Bukit Aman
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kertas siasatan itu dihantar pada minggu lepas.
![Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650192192_MotorsikalKemalangan.jpg)
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.
![Pemandu Toyota Altis memandu di bawah pengaruh alkohol Pemandu Toyota Altis memandu di bawah pengaruh alkohol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651792309_CubaanLolos.jpg)
Pemandu Toyota Altis memandu di bawah pengaruh alkohol
Semakan rekod polis mendapati pemandu yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai rekod lampau.
![Pemandu mabuk: Pengurus kedai makan didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal Pemandu mabuk: Pengurus kedai makan didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649230807_PENUNGGANGmotosikal.jpg)
Pemandu mabuk: Pengurus kedai makan didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal
Tertuduh Mohd Nazrin Ramli membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.
![Lelaki cuba lari daripada SJR sudah ditahan Lelaki cuba lari daripada SJR sudah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640555709_LelakiTular.jpg)
Lelaki cuba lari daripada SJR sudah ditahan
Lelaki berusia dalam lingkungan 31 tahun tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
![Tiga lelaki ditahan memandu, menunggang dalam keadaan mabuk Tiga lelaki ditahan memandu, menunggang dalam keadaan mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640468713_TBMabok.jpg)
Tiga lelaki ditahan memandu, menunggang dalam keadaan mabuk
Dalam operasi berkenaan tiga lelaki masing-masing berusia 51, 53 dan 64 tahun ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
![11 pemandu mabuk ditahan dalam operasi bermula Jumaat 11 pemandu mabuk ditahan dalam operasi bermula Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627986461_SJRKuantan.jpg)
11 pemandu mabuk ditahan dalam operasi bermula Jumaat
Kesemua individu berusia 24 hingga 53 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.