SEBANYAK 41 rangka manusia yang digali di tiga kawasan timbunan cengkerang di Guar Kepah, Kepala Batas akan dibawa pulang ke Malaysia pada tahun depan.
Ketika ini, kesemua rangka berkenaan yang dipercayai keturunan 'Penang Woman' disimpan di Muzium Natuurhistorisch Kebangsaan di Leiden, Belanda.
INI FAKTA ANDA PERLU TAHU BERHUBUNG 41 RANGKA MANUSIA DAN PENANG WOMAN:
1. Kini ditempatkan di Muzium Kebangsaan Natuurhistorich Leiden di Belanda. Dipercayai keturunan 'Penang Woman' dan dijangka dibawa pulang ke tanah air selewat-lewatnya Januari tahun depan.
2. Kesemua rangka tersebut telah diserahkan dalam empat kotak yang mempunyai kod-kod tersendiri.
Antara yang terkandung termasuk tulang, gigi, serta tengkorak, yang dipercayai milik individu dewasa, remaja dan kanak-kanak.
3. 41 rangka tersebut dipercayai dibawa ke Belanda pada tahun 1936 dan telah dianalisis antara tahun 1960 dan 1996, masing-masing di Utrecht University dan Muzium Kebangsaan Natuurhistorich.
4. Kajian akan dijalankan bagi mengenal pasti antaranya pentarikhan, punca kematian serta diet (pemakanan) sebaik ia dibawa pulang ke Malaysia.
5. Selain 41 rangka tersebut, satu lagi rangka dikenali sebagai 'Penang Woman' telah ditemui pada 19 April 2017 di Guar Kepah, Kepala Batas.
6. Wajah lakaran 'Penang Woman' telah berjaya disiapkan pada 5 Julai 2022.
7. Lakaran wajah 'Penang Woman' dibuat menerusi kaedah Forensic Facial Approximation (FFA) berdasarkan tengkoraknya oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil.
8. Kesemua rangka tersebut akan ditempatkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, yang dijadual siap pada tahun depan.
Astro Awani
Thu Apr 13 2023
Penyelidik USM, Shariful Idzwan Sahidan menunjukkan lakaran wajah Penang Woman dan replika rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun yang ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas. - Gambar fail
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
41 rangka manusia dan 'Penang Woman': Apa anda perlu tahu
Semua rangka berkenaan yang dipercayai keturunan 'Penang Woman' disimpan di Muzium Natuurhistorisch Kebangsaan di Leiden, Belanda.
41 rangka dipercayai keturunan 'Penang Woman' akan dibawa pulang ke tanah air
Sebanyak 41 rangka manusia yang berada di Muzium Kebangsaan Natuurhistorich Leiden, Belanda dan dipercayai keturunan Penang Women dijangka dibawa pulang ke tanah air tahun depan.
Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.