Sejumlah 44 buah pondok di Madrasah Al-Badriah di Kampung Jal Besar musnah dalam satu kebakaran malam tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 8.15 malam itu, terdapat 70 daripada 120 pelajar sedang mengikuti kelas pengajian, namun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Bomba Kanan II, Husin Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 8.25 malam.
Tiga jentera termasuk satu lori tangki air dengan kekuatan 25 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat dan Pengkalan Kubor dikerahkan ke tempat kejadian.
Katanya, setibanya di madrasah berkenaan, api marak membakar pondok namun berjaya dikawal 20 minit kemudian.
“Kita dapat sumber air terbuka dan dapat kawal kebakaran dalam masa 20 minit. Sekarang ini kerja pembaikan sedang dilakukan dan pengawai penyiasat sedang buat pemeriksaan untuk mengetahui punca kebakaran,” ujar Husin tentang keadaan di premis berstruktur kayu itu.
Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihaknya.
Sementara itu mudir pondok, Saiful Baharin Che Ali berkata, ketika kejadian berlaku, beliau tidak berada di pondok itu kerana sedang mengajar di masjid berdekatan.
Katanya, seramai 120 pelajar berada di pondok dan daripada jumlah itu, 70 orang sedang mengikuti kelas pengajian agama dan kesemua mereka tinggal di pondok yang terbakar.
Katanya, pondok yang dibina sejak tahun 2012 itu adalah hasil sumbangan orang ramai.
Tidak ada kemalangan jiwa berlaku kerana kesemua pelajar yang sedang mengikuti pengajian sempat menyelamatkan diri.
Menurutnya, pusat pengajian itu mempunyai 100 pondok tidak termasuk yang masih dalam pembinaan.
Muhafandi Muhamad
Wed Mar 01 2017
Pusat pengajian itu mempunyai 100 pondok tidak termasuk yang masih dalam pembinaan. - Foto Astro AWANI
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Remaja perempuan warga China rentung dalam kebakaran di Miri
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran besar sebuah kilang minyak masak di Bekasi Jakarta Indonesia pada Jumaat.
11 motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran kira-kira 6.50 pagi itu turut memusnahkan sebuah lori yang diparkir berhampiran garaj berkenaan.
95 peratus kebakaran di tapak kitar semula berjaya dikawal - Bomba
Sebanyak 95 peratus kawasan kebakaran di sebuah tapak pengumpulan bahan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa telah berjaya dikawal.