Kebakaran kira-kira 6.50 pagi itu turut memusnahkan sebuah lori yang diparkir berhampiran garaj berkenaan namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru digerakkan ke lokasi.
"Apabila pasukan bomba tiba, didapati sebuah garaj motosikal yang berkeluasan 9.3 meter persegi telah terbakar dan api sedang marak, terdapat 11 buah motosikal dalam garaj tersebut.
"Semua motosikal musnah terbakar dan sebuah lori yang terdapat berhampiran garaj itu juga terbakar, komander operasi membuat pemeriksaan dan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata api dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.
-- BERNAMA