Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, 13, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.
"Panggilan tentang kejadian diterima pada jam 3.06 pagi dan 12 anggota dalam dua jentera masing-masingnya daripada BBP (Balai Bomba dan Penyelamat) Lopeng dan BBP Miri tiba di lokasi kira-kira jam 3.16 pagi," katanya.
Pasukan Bomba berkenaan berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian dan unit bersebelahan rumah berkembar terlibat hanya mengalami kebakaran di bahagian siling.
Mayat Yuan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA