Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Penguasa Kanan Bomba Khairul Ariffin Che Ramli berkata operasi yang memasuki hari kelima itu turut menggunakan sebuah jentera dengan dua pancutan air dan dua jengkaut dari pemilik syarikat terbabit.
"Operasi diteruskan sejak pukul 9 pagi tadi bagi memadamkan baki api yang tinggal sebanyak lima peratus lagi dan kerja-kerja memadamkan api dijangka selesai hari ini," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan Mohamad Zamzani Ibrahim berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada pihak bomba mengenai kejadian kebakaran itu untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata sebarang tindakan hanya akan diambil berdasarkan laporan yang diterima termasuk sama ada ia dilakukan secara sengaja atau tidak.
Pada 27 Okt lepas, tapak pengumpulan bahan kitar semula berkenaan terbakar 80 peratus pada kira-kira 6 petang dan 40 anggota bomba terlibat dalam usaha memadam kebakaran itu dengan bantuan lima jentera dan empat lori tangki air.
-- BERNAMA