KUALA LUMPUR: Sejumlah 4,612 unit rumah kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara siap ditambah baik setakat ini sejak peruntukan disalur tahun lepas, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata ia melibatkan peruntukan berjumlah RM112.6 juta diterima pasukan keselamatan itu dengan keseluruhan 465 projek dilaksanakan.
Selain itu, katanya sebanyak RM14.4 juta lagi disalurkan bagi kerja-kerja peluasan 286 unit kuarters lama PDRM dari 700 kaki persegi seunit kepada 1,200 kaki persegi seunit.
"Ia melibatkan pengubahsuaian dua unit menjadi satu unit kuarters sekali gus dapat memberi keselesaan kepada penghuni kuarters.
"Projek itu yang turut meliputi balai polis dan pos Pasukan Gerakan Am merupakan langkah permulaan di bawah kerangka Pembangunan Malaysia MADANI," katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara, di sini hari ini.
Razarudin berkata bagi projek pembangunan fizikal baharu, sebanyak 12 projek telah diluluskan untuk PDRM di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.35 bilion, sekali gus merupakan projek paling banyak diluluskan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata projek itu melibatkan pembinaan ibu pejabat polis daerah (IPD), balai polis, kuarters perumahan dan lain-lain fasiliti iaitu IPD Kemaman dan Balai Polis Kijal, Terengganu; dan IPD dan Balai Polis Padang Besar serta perumahan, Perlis.
"Selain itu, IPD dan Balai Polis Nabawan serta perumahan, Sabah; Balai Polis Jelutong dan perumahan Pulau Pinang, Bengkel Pengangkutan IPK Kedah, dan Menara Tinjau Pos Batu Putih, Perlis," katanya.
Razarudin turut menggesa setiap warga pasukan agar sentiasa mensyukuri nikmat kemudahan dan fasiliti yang disediakan dengan meningkatkan penerapan dan amalan budaya disiplin yang mementingkan kebersihan serta memelihara setiap kemudahan dan fasiliti yang disediakan untuk kesejahteraan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Razarudin berkata ia melibatkan peruntukan berjumlah RM112.6 juta diterima pasukan keselamatan itu dengan keseluruhan 465 projek dilaksanakan. - Gambar fail/Google Maps
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Kekejaman zionis: Korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Serangan berterusan Israel di Gaza menyaksikan angka korban meningkat kepada 45,484 dengan lebih 108,090 cedera, melibatkan serangan udara ke atas kem pelarian Maghazi.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
EU laksanakan undang-undang pengecas USB-C, memaksa peranti baharu, termasuk iPhone, menggunakan piawaian ini. Peraturan ini dijangka memberi kesan global.
4,612 unit rumah kuarters PDRM siap ditambah baik - KPN
Sejumlah 4,612 unit rumah kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara siap ditambah baik setakat ini sejak peruntukan disalur tahun lepas, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Penambahbaikan rumah guru SK Ulu Ansuan siap bulan ini - PPD Telupid
Projek menaik taraf kediaman guru bernilai RM200,000 itu bermula sejak Jun lalu dan akan siap sepenuhnya bulan ini.
Bangunan, kuarters BBP Simpang Pertang terjejas akibat ribut
Sebahagian bumbung bangunan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pertang, Jelebu mengalami kerosakan akibat ribut pada Sabtu.
KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyalurkan peruntukan lebih RM2.3 juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan penjara dan Pejabat Parol Daerah (PPD) di Kedah.
Anwar zahirkan komitmen terhadap kebajikan anggota ATM
Anwar Ibrahim menzahirkan komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap kebajikan anggota ATM dengan menyalurkan peruntukan bagi kos membaik pulih kediaman dan kuarters khususnya yang daif.
RM3 juta baiki cerun runtuh bersebelahan Balai Polis Tongod - Hamzah Zainudin
Peruntukan RM3 juta telah diluluskan bagi membaiki cerun runtuh berdekatan kuarters Balai Polis Tongod, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Cadang sewa rumah swasta atasi kekurangan kuarters PDRM
Penyewaan rumah dari pihak swasta dilihat sebagai jalan terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.
COVID-19: Jangkitan tempat kerja cetus dua kluster di Sabah
Kluster Jalan Kayu Madang sehingga Isnin mencatatkan 18 kes kumulatif melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan pekerja sebuah syarikat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Selatan.
PKPD di KEMTA Kamunting, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (29 Disember 2020).
PKPD di Pusat Koreksional Kamunting, kuarters kakitangan bermula esok - Ismail Sabri
Keputusan tersebut adalah berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 di pusat tersebut.