KOTA KINABALU: Jangkitan di tempat kerja mencetuskan dua lagi kluster baharu di sini, iaitu kluster Jalan Kayu Madang dan kluster Lorong Berjaya, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata kluster Jalan Kayu Madang sehingga Isnin mencatatkan 18 kes kumulatif melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan pekerja sebuah syarikat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Selatan di sini.
Beliau berkata kluster itu dikesan apabila kes indeks seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan Pegawai Kawalan Kualiti di syarikat berkenaan disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Manggatal pada 30 Jun, selepas bergejala demam dan hilang deria rasa sejak 27 Jun.
"Sebanyak 177 sampel dalam kalangan kontak rapat telah diambil dan 11 kes dikesan di Kota Kinabalu, manakala tujuh kes lagi di daerah Tuaran bagi kluster ini," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya kluster Lorong Berjaya pula melibatkan jangkitan dalam kalangan kakitangan di premis perniagaan serta kuarters sebuah syarikat di Bandaran Berjaya, dengan sembilan kes kumulatif dikesan sehingga kini.
"Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun yang merupakan petugas khidmat pelanggan dan bergejala sejak 29 Jun lepas, sebelum dikesan positif dalam ujian saringan COVID-19 di Permai Poliklinik Bandaran pada 30 Jun.
"Setakat hari ini, 104 sampel dalam kalangan kontak rapat telah diambil, daripada jumlah tersebut lapan kes dikesan positif," katanya.
Masidi berkata aktiviti pengesanan kontak rapat dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan kedua-dua kluster baharu berkenaan masih dijalankan.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 263 kes positif baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif wabak itu 70,720 kes, manakala 232 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah 68,109.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021

Masidi berkata aktiviti pengesanan kontak rapat dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan kedua-dua kluster baharu berkenaan masih dijalankan. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.

Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.

'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.

Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.

Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.

Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.

Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.

Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.