KOTA KINABALU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkumpul di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini hari ini, hadir bagi membincangkan persediaan Persidangan Khas DUN yang diadakan esok.
Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.
"Semua 44 ADUN berkumpul bagi membincangkan persediaan Persidangan Khas DUN esok yang akan membentangkan dua usul rang undang-undang (RUU).
"Kita tiada bincang hal lain, kita hanya bincang soal penyelarasan untuk persidangan esok, contohnya siapa yang akan berucap," katanya ketika ditemui media.
ADUN tersebut merangkumi 29 dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), diikuti 7 ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah, 5 ADUN dari UMNO dan masing-masing satu ADUN dari Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) serta Bebas.
Tambah Masidi, semua ADUN perlu laksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan menghadiri persidangan khas itu dan bersidang secara matang bagi meluluskan kedua-dua RUU tersebut.
"RUU itu penting kerana ia ada kaitan dengan autonomi Sabah untuk mengurus sendiri hal ehwal gas. Sebelum ini ia di bawah Suruhanjaya Tenaga Persekutuan dan Petronas.
"Ini adalah antara hasil rundingan kerajaan negeri berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.
Ditanya sama ada rombakan Kabinet negeri yang disebut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini ada dibincangkan dalam perjumpaan itu Masidi berkata, hal itu juga tidak dibincangkan.
"Tiada bincang mengenai politik, kami cuti daripada politik hari ini, rombakan Kabinet pun tidak dibincangkan, kita fokus kerja," tegasnya.
Persidangan Khas DUN esok akan menjadi tumpuan selepas Barisan Nasional (BN) dan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Hajiji sejak Jumaat lalu.
Mirlen Axtius
Mon Jan 09 2023

Masidi berkata, tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.- Fail/Astro AWANI

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 3.0 peratus pada 2024 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran gas asli pulih pada suku keempat 2024, meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada 792.8 bilion kaki padu.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.

Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.

ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.

Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.

Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.

Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).