Seramai 4,000 peserta dijangka bakal mengimarahkan kempen Malaysia #QuranHour 1439H/2018 yang dijalankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, penyertaan kempen tersebut dijangka bukan hanya di kalangan orang awam, malah institusi pengajian tinggi, sekolah serta syarikat dan agensi kerajaan.
"Alhamdulillah, persiapan telah dijalankan dan kita jangka seramai 4,000 peserta akan hadir esok (Khamis) termasuklah jemputan khas iaitu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
"Harapan kita agar kempen kali ini bukan hanya menjadi satu acara tahunan semata-mata, tapi ia merupakan satu gelombang yang digerakkan untuk menghayati isi kandungan 114 surah di dalam al-Quran yang dilakukan secara berperingkat,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi orang ramai yang tidak berkesempatan untuk menyertai kempen tersebut dilokasi utama, mereka boleh sertai di lokasi lain yang berdekatan.
“Setakat hari ini (Rabu) kita dimaklumkan terdapat lebih 1,000 lokasi di seluruh negara yang turut serta kempen ini.
“Jadi orang ramai boleh memilih lokasi yang berdekatan dengan mereka untuk sama-sama menghidupkan gelombang interaksi dengan al-Quran ini,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut meminta peserta yang hadir ke lokasi utama supaya datang lebih awal untuk melancarkan perjalanan kempen tersebut.
“Seawal jam 10.30 pagi kita telah bersedia menerima kehadiran peserta tapi bagi mereka yang boleh hadir lebih awal, ia amat dialu-alukan.
“Selain itu, kita juga meminta peserta yang hadir akan membawa al-Quran terjemahan supaya bersama-sama dapat manfaat yang lebih daripada kempen ini,” katanya.
Aktiviti berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini julung kali diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bermula jam 10.30 pagi hingga 1 petang.
Malaysia #QuranHour kali ke-4 ini bertemakan 9 Budaya Membina Tamadun yang diambil daripada Surah al-Naml.
Surah tersebut menjadi kesinambungan penghayatan Surah al-Hujurat bagi World #QuranHour pada 7 Jun lalu, iaitu dari sebuah pemupukan sahsiah diri dan etika sosial kepada kaedah membangun tamadun dalam membina sistem pentadbiran sesebuah keluarga, komuniti, organisasi dan negara.
Sinar Harian
Thu Aug 30 2018
Malaysia #QuranHour hari ini bertemakan 9 Budaya Membina Tamadun yang diambil daripada Surah al-Naml. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.
KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution
Pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.
'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam
Naskhah yang diproses secara deinking dilupus secara lengkap dan tidak mengeluarkan asap selain hanya menghasilkan kurang tiga peratus bahan buangan.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.