GEORGE TOWN: Sebanyak 35 pengunjung sebuah pusat hiburan dikompaun RM4,000 tiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu terlibat dalam aktiviti pusat hiburan di sebuah premis di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata selain itu polis turut menahan 15 warga asing kerana pelbagai kesalahan berkaitan imigresen, di samping tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Beliau berkata penjaga pusat hiburan berkenaan juga dikenakan kompaun berjumlah RM30,000 kerana pelbagai kesalahan kepada termasuk kesalahan menggaji dan melindungi warga asing, dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu.
Katanya serbuan dilaksanakan pasukan dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dan dibantu anggota serta pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hasil maklumat awam serta risikan yang dijalankan.
"Mereka yang ditahan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Polis turut menahan 15 warga asing kerana pelbagai kesalahan berkaitan imigresen. - Gambar/ Sinar Harian
Belanjawan 2025: Kesejahteraan perumahan mampu diberi perhatian, ini anda perlu tahu
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara
Menurut PM isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dan kerajaan kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 junjung hak rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Belanjawan 2025 fokus kepada rakyat.
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
TVET_ HRDCorp, Khazanah, GiatMARA, PERKESO turut dipertingkat
Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
KDN, MINDEF masing-masing terima RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion
Kata PM, maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu JIM Kuala Lumpur
Penjaga premis bertindak memadamkan lampu ketika anggota Imigresen memperkenalkan diri, menyebabkan beberapa wanita terjatuh dan cedera.
MATFA gesa pembaharuan segera Akta Cukai Hiburan 1953
MATFA menggesa kerajaan melakukan pembaharuan segera terhadap Akta Cukai Hiburan 1953 yang mengenakan cukai 25 peratus ke atas aktiviti hiburan.
Empat lelaki kemuka representasi gugur kes baling bom petrol di pusat hiburan
Empat individu didakwa terlibat dalam kes membaling bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng Mei lepas mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol
Polis telah mengenal pasti seorang pemain bola sepak yang ditahan kerana membawa kerambit ke padang bola, sebagai suspek kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan
Sekumpulan lelaki tempatan bersenjatakan pistol dan parang dilaporkan bergaduh selain turut dilaporkan melepaskan tembakan.
Bilik karaoke 'super VIP' RM16,000 saji GRO
Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, yang menyediakan bilik karaoke 'super VIP' dipercayai dengan bayaran sehingga RM16,000 digempur, pada Jumaat.
Leka layan pelanggan, 12 GRO warga Vietnam antara 33 ditahan Imigresen
Mereka ditahan dalam serbuan di tiga premis iaitu pusat hiburan, restoran dan perniagaan menerusi Ops Gegar, Ops Selera dan Ops Minyak.
Selisih faham dengan bapa disyaki punca remaja hilangkan diri
Pada 28 Mei, adiknya dapat berkomunikasi dengannya melalui WhatsApp, namun apabila bapanya cuba menghubunginya semula gagal dan tidak berjawab.