PADANG TERAP: Seramai 36 individu di pusat jagaan orang tua di Bukit Bethel dan Padang Nyiur di sini, menjadi penerima terawal vaksin COVID-19 daripada Unit Bergerak Vaksinasi COVID-19 Daerah Padang Terap, pada Rabu.
Pengarah Task Force Imunisasi COVID-19 (CITF) Padang Terap, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman, berkata pasukan itu merupakan unit vaksinasi bergerak pertama di Kedah dan antara yang terawal di Malaysia.
Menurutnya, penubuhan unit vaksinasi bergerak itu merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan kumpulan masyarakat terutama warga emas tidak menghadapi masalah menerima vaksin COVID-19.
Jelas beliau, sasaran bagi tiga bulan terawal adalah memastikan sekitar 3,000 warga emas di daerah ini menerima suntikan vaksin COVID-19 tanpa perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Sekiranya unit bergerak ini menerima sambutan menggalakkan bagi fasa pertama sehingga Ogos ini, kita akan memperluaskan peranan unit berkenaan dalam memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat di daerah Padang Terap.
"Bila capai sasaran untuk warga emas, kita akan buka kepada komuniti lain di sini... kita ada komuniti orang Siam, Cina dan penduduk luar bandar terdiri daripada belia dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan proses pemberian vaksin COVID-19 oleh unit itu di Rumah Jagaan Orang Tua Bukit Bethel, di sini, pada Rabu.
Sebelum ini, Pejabat Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Padang Terap telah melancarkan Unit Bergerak Vaksinasi COVID-19 yang pertama di negeri Kedah pada Selasa.
Menurut Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ia merupakan inisiatif bagi memudahkan orang ramai khususnya kumpulan sasar bagi Program Imunisasi COVID-19 (PICK) Fasa ke-2 seperti warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di daerah itu menerima vaksin.
Abdul Hadi Che Awang
Wed Jun 02 2021
Pasukan Unit Bergerak Vaksinasi COVID-19 Daerah Padang Terap merupakan unit vaksinasi bergerak pertama di Kedah dan antara yang terawal di Malaysia. - Gambar/ Astro AWANI
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Pekan Kuala Nerang dilanda banjir kilat malam ini
Beberapa kawasan di daerah Padang Terap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam malam ini.
Miliki 160 liter petrol: Dua warga Thailand didakwa
Dua warga Thailand mengaku tidak bersalah memiliki barang kawalan iaitu 160 liter petrol di Durian Burung, Padang Terap.
Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu.
ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan
Daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan hutan berhampiran sempadan, pada 11.30 pagi.
Di Padang Terap, kuih sekupang masih dijual di bazar Ramadan
Di sebalik keluhan harga barang makin naik, cucuoq sekupang laris di Bazar Ramadan Lubuk Merbau, Padang Terap, Kedah.
Remaja lelaki lemas mandi di pusat rekreasi
Remaja berusia 17 tahun itu meninggal dunia di air terjun Puncak Janing, Padang Terap, Kedah, hari ini.
Padang Terap bakal miliki Pusat Kecemerlangan Risda - PM
Pusat kecemerlangan bernilai RM15 juta itu bakal jadikan daerah itu antara bandar sempadan utama negara.
PM hadiri Majlis 'Kenuri' Rakyat di Padang Terap
Majlis 'Kenuri' Rakyat dihadiri kira-kira 15,000 masyarakat setempat terutama melibatkan penduduk di daerah Padang Terap dan daerah-daerah berdekatan.
Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas
Terbaharu, penyeludup dikesan menggunakan kenderaan perdagangan sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa.
Penerima vaksin ke 49,400 Padang Terap dapat hadiah motosikal
Mohd Isham terkejut menerima hadiah berkenaan yang dirasakan amat bernilai memandangkan dia memang sedang mengumpul wang untuk membeli motosikal baharu.