PUTRAJAYA:Sebanyak 15 peratus atau 346 buah daripada 2,350 buah sekolah masih belum melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi tahun ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, sekolah-sekolah seperti di Sabah dan Selangor ini tidak dapat melaksanakan peperiksaan kerana berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sebanyak 85 peratus atau 2,004 buah sekolah pula telah melaksanakan peperiksaan percubaan dan kementerian merakamkan ucapan terima kasih kepada sekolah dan guru yang buat ujian ini.
“Bagaimanapun semua sekolah telahpun menghabiskan silibus masing-masing, cuma tidak dapat melaksanakan peperiksaan percubaan kerana berada dalam kawasan PKPB,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Habibah berkata, sekolah-sekolah yang tidak melaksanakan peperiksaan percubaan SPM diminta untuk mengadakan peperiksaan itu apabila sesi persekolahan bermula pada 20 Januari 2021.
“Peperiksaan percubaan ini adalah untuk mengukur tahap sebenar murid-murid dan hasil dapatan ini akan digunakan oleh guru-guru untuk membantu murid-murid,” katanya.
Dalam pada itu, Habibah berkata, pihaknya akan menganalisis keputusan peperiksaan percubaan SPM bagi membolehkan kementerian merangka strategi untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar.
“Menerusi hasil peperiksaan percubaan SPM (yang telah dijalankan), kita lihat apa mata pelajaran yang terkesan dan lihat apa yang boleh dilakukan untuk membantu murid,” katanya
Beliau menambah, sesi dialog prestasi akan dilakukan dengan Jabatan Pelajaran negeri hujung bulan ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini mengumumkan peperiksaan SPM tahun ini dipinda kepada 22 Februari 2021 dan jumlah calon yang berdaftar untuk menduduki SPM 2020 adalah seramai 400,445 pelajar.
Sementara itu, jelas Habibah, penjadualan peperiksaan SPM 2020 tidak akan menjejaskan kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“Kemasukan UPU online adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan kita telah ambil kira tempoh peperiksaan (SPM) dan tempoh kemasukan ke universiti,” katanya.
Fauzi Suhaimi
Tue Nov 10 2020

HABIBAH: Semua sekolah telahpun menghabiskan silibus masing-masing, cuma tidak dapat melaksanakan peperiksaan percubaan kerana berada dalam kawasan PKPB. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua remaja 15 tahun antara lapan ditahan sertai parti persendirian
Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di sebuah kondominium dekat Shah Alam awal pagi tadi.

Susulan kes Neelofa, Menteri Besar Negeri Sembilan, Selangor bincang soal 'jual beli' Nilai 3
Netizen berseloroh mendakwa tiada kesalahan rentas negeri direkodkan ke atas Neelofa dan PU Riz kerana Nilai 3 di bawah jajahan negeri Selangor.

Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.

COVID-19: Labuan laksana PKPB, SOP Aidilfitri diperketatkan
Pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai SOP PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.

'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi
Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS
PLUS menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan di 21 R&R terpilih.

Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP
Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Polis panggil Neelofa, PU Riz isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3
Selebreti Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa 'merentas negeri' ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Mesej tular 'PKP seluruh Selangor' palsu
Kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.

Kelantan masih PKP, 5 negeri PKPB, 9 negeri PKPP - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.