SECARA keseluruhan, hanya 4,460 kes (23.9 peratus) daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media beliau pada 8 Ogos:

1. Sebanyak 18,688 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kes keseluruhan kini 1,262,540 kes.

2. Sebanyak 17,055 kes sembuh dicatatkan, jumlah keseluruhan kes sembuh kini 1,026,398.

3. Sebanyak 360 kes kematian baharu akibat COVID-19, kes kumulatif kematian kini 10,749 kes.

4. Sebanyak 225,393 kes aktif di seluruh negara.

5. Sebanyak 34 kluster baharu dikesan.