Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya tiba di lokasi kebakaran pada 9.08 pagi bagi menjalankan operasi pemadaman.
Beliau berkata operasi memadam kebakaran hutan jenis tanah gambut itu dijalankan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dengan bantuan dari balai Maran dan Peramu.
“Anggaran kawasan yang terbakar ialah 30 hektar dan setakat ini pihak bomba sudah berjaya memadam 20 hektar daripada kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Beliau berkata setakat 10 malam operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar selain menyekat api daripada merebak ke kawasan lain.
-- BERNAMA