KUALA LUMPUR: Sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata dalam usaha menangani isu itu, kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keprihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan reproduktif menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
"Usaha ini adalah untuk membantu orang awam khususnya remaja untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah masalah sosial seperti mengandung luar nikah dan sebagainya.
"Dalam hal ini, LPPKN telah melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) yang telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan dikemas kini pada 2022," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Nancy menjawab soalan Senator Amir Md Ghazali yang ingin tahu bilangan kes buang bayi yang direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 mengikut pecahan negeri dan rancangan pihak kementerian untuk mengatasi isu pergaulan bebas sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.
Beliau berkata PEKERTI bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat penyayang, bertanggungjawab dan berdaya tahan serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Katanya di bawah pelan tindakan itu, pembangunan kemahiran kesihatan reproduktif yang sihat dan selamat ditekankan menerusi pendidikan formal di sekolah atau tidak formal di luar sekolah.
"Antara usaha pendidikan tidak formal yang dilaksanakan adalah melalui Pusat Remaja KafeTEEN dan meningkatkan kompetensi pendidik termasuk memperkasa ibu bapa dan juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berkaitan isu kesihatan reproduktif.
"Di bawah Program PEKERTI, LPPKN telah mendirikan 18 Pusat Remaja KafeTEEN, tujuannya untuk meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif, khidmat kaunseling psikososial dan program pendidikan dan pembangunan kemahiran untuk remaja," katanya dan menambah sehingga kini lebih 840,000 remaja telah menerima manfaat daripada program di pusat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Dalam usaha menangani isu itu, kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keprihatinan dalam kalangan masyarakat.- Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.

Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Rompin cari waris bayi perempuan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin sedang mengesan waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan tanpa dokumen di Tapak Projek PR1MA Pinggir Pelangi, Muadzam Shah, Rompin pada 1 Nov lepas.

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi semalam.

Bayi lelaki ditinggalkan berhampiran Pantai Paka
Pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam yang melalui kawasan pantai berkenaan.

Buang bayi baru lahir di Taiping, lelaki warga Nepal ditahan
Polis Taiping terima laporan dari Bahagian Kecemasan Hospital Taiping berhubung seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak.

Wanita didenda RM2,000 buang bayi belakang rumah
Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bayi baru lahir ditemukan di surau
Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.

Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.

Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.