BIDOR: Seramai 25 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka musnah terbakar di hentian rehat dan rawat (R&R) Ladang Bikam, di sini hari ini.
Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan II Nor Azhan Noor Fauzi, bas yang terbakar sebanyak 80 peratus itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highlands.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.19 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dengan dibantu BBP Slim River dan BBP Tapah bergegas ke lokasi.
"Kebakaran membabitkan sebuah bas ekspres jenis Nissan, seramai 24 penumpang dan seorang pemandu berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Beliau menambah, operasi pemadaman menggunakan dua aliran hose reel dari air tangki jentera BBP Bidor dan satu aliran hose reel dari jentera BBP Slim River.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 5.30 petang.
Aida Aziz
Thu Mar 02 2023

Seramai 25 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka musnah terbakar di hentian rehat dan rawat (R&R) Ladang Bikam, hari ini. - Foto JBPM Perak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
Anggota dan jentera dari BBP Kuala Kangsar dan Meru Raya dikerah ke lokasi sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.

Kemalangan: Pemandu bas rentung, enam terselamat
Nahas dengan sebuah treler itu berlaku di Kilometer 75.2 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, Gurun, sekitar pukul 3.55 pagi tadi.

Bas ekspres terbakar, 22 penumpang selamat
Tindakan pantas pemandu bas mengarahkan 22 penumpang keluar sebaik menyedari kenderaan dipandunya terbakar berjaya menyelamatkan mereka.

Bas ekspres dua tingkat bawa 20 penumpang terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan kemusnahan dianggarkan 50 peratus.

25 penumpang berdepan detik cemas, bas dinaiki terbakar di R&R
Seramai 25 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka musnah terbakar.

Bas ekspres terbakar berhampiran stesen minyak
Sebuah bas ekspres terbakar di Jalan Wakaf Raja berhampiran stesen minyak Shell di Tok Kamis, Pasir Puteh, kira-kira jam 4 petang tadi, di sini, hari ini.