JOHOR BAHRU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 25 pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia kerana cuba menyeludup keluar dari negara ini untuk pulang ke negara asal di Pantai Pasir Logok dekat Kota Tinggi, awal pagi tadi.
Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, pergerakan kesemua warga asing terdiri daripada 22 lelaki dan tiga wanita yang berusia antara 19 sehingga 53 tahun itu dikesan oleh petugas Pos Pemerhati pada pukul 1.40 pagi.
"Hasil daripada maklumat tersebut, Pasukan Quick Reaction Force (QRF) telah melaksanakan serbuan dan berjaya menahan kesemua individu terbabit yang ketika itu sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan, lima lagi pendatang asing lelaki yang juga berusia antara 19 sehingga 53 tahun, turut ditahan pada pukul 9 pagi tadi di lokasi sama kerana cuba menyeludup masuk ke negara ini.
"Lima lelaki itu ditahan sekitar kawasan tersebut kerana dipercayai baru sahaja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah," katanya.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 40 telefon bimbit dan barang kemas turut dirampas dalam serbuan berkenaan, berserta wang tunai sebanyak RM15,713 dan mata wang Indonesia yang dianggarkan bernilai RM5,958.
Kesemua warga asing itu dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia di Setia Tropika, Kempas, di sini untuk tindakan lanjut.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia akan terus menggerakkan Pasukan QRF dan Pasukan Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan bagi menjejaki saki baki pendatang tanpa izin yang berkemungkinan masih ada di lokasi terbabit dengan bantuan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 25 pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia kerana cuba menyeludup keluar dari negara ini untuk pulang ke negara asal di Pantai Pasir Logok dekat Kota Tinggi, awal pagi tadi. - Foto Facebook ATM
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
49 ditahan proses sisa elektronik secara haram, aset RM41.6 juta disita
Dalam operasi bersepadu tersebut, pasukan serbuan telah melakukan pemeriksaan terhadap enam buah premis yang memproses barang logam, plastik dan e-waste.
Leka layan pelanggan, 12 GRO warga Vietnam antara 33 ditahan Imigresen
Mereka ditahan dalam serbuan di tiga premis iaitu pusat hiburan, restoran dan perniagaan menerusi Ops Gegar, Ops Selera dan Ops Minyak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Julai 2024.
Sultan Pahang titah kekurangan nilai integriti punca tanah negeri 'dijajah' pendatang asing
Sultan Pahang bertitah kekurangan nilai integriti, menyebabkan tanah di Pahang sudah mula 'dijajah' oleh pendatang asing secara terang-terangan.
Geng Kribo tumpas: Rumah kosong jadi tempat 'simpan' PATI - Polis
Semakan mendapati empat lelaki migran terbabit adalah warga Bangladesh, manakala selebihnya merupakan Indonesia.
Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin
Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun yang berada di dalam rumah berkenaan.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Dewan Rakyat: Selepas ali baba, kini rakyat bersaing dengan 'ali bangla' - MP Paya Besar
Dakwanya, rakyat perlu bersaing dengan kumpulan bukan warganegara, yang dilihat cuba memonopoli sektor pekerjaan termasuk bergelar pengusaha.