KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan telah mendakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas di Pasir Mas semalam.
Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata pendakwaan dilakukan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Beliau berkata enam lelaki warga Myanmar dan dua lelaki warga Thailand didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala dua lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga Thailand didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama.
Turut didakwa seorang lelaki warga Pakistan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei lepas," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Nik Akhtarulhaq berkata setelah selesai pendakwaan, 14 lelaki telah dihantar ke Penjara Satelit Pasir Mas untuk menjalani hukuman penjara kerana gagal membayar denda manakala warga Pakistan yang membayar denda dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk pemindahan pendatang asing ke negara asal.
Beliau turut menggesa orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat mengenai kehadiran pendatang tanpa izin atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang dan berkata tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Selesai pendakwaan, 14 lelaki dihantar ke Penjara Satelit Pasir Mas untuk jalani hukuman penjara kerana gagal bayar denda manakala warga Pakistan yang bayar denda dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk pemindahan. - Foto Imigresen Kelantan

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.

Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.