PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Mei untuk membuat keputusan sama ada seorang remaja yang mengaku bersalah terhadap kesalahan berkaitan seksual perlu dikenakan hukuman bukan tahanan atau ditempatkan di Sekolah Henry Gurney.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata mereka memerlukan masa sebulan untuk meneliti undang-undang berkaitan bagi mempertimbangkan hukuman yang sesuai bagi remaja lelaki itu.
Hakim Hadhariah bersidang bersama Hakim Datuk M.Gunalan dan Hakim Datuk Lim Chong Fong mendengar rayuan remaja berusia 18 tahun itu hari ini terhadap dua perintah Mahkamah Majistret supaya dia dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun.
Remaja itu yang melakukan kesalahan tersebut ketika berusia 15 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, yang bertindak sebagai Mahkamah Kanak-Kanak atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan satu lagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii.
Dia juga didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, yang bertindak sebagai Mahkamah Kanak-Kanak, atas pertuduhan amang seksual.
Ia melibatkan dua mangsa iaitu rakannya dan seorang lagi adik perempuannya.
Pada 23 Sept 2020, Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan remaja itu ditempatkan di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun manakala Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah yang sama pada 4 Feb 2021 selepas remaja itu mengaku bersalah atas semua pertuduhan.
Rayuannya terhadap hukuman itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 5 Nov 2021.
Terdahulu dalam prosiding mahkamah, Hakim Hadhariah berkata anggota panel telah membaca rekod rayuan dan mendapati perayu (remaja itu) mempunyai kecenderungan menonton pornografi.
Sementara itu, remaja itu yang diwakili peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhujah bahawa majistret telah terkhilaf dalam mengeluarkan perintah untuk menghantar anak guamnya ke Sekolah Henry Gurney kerana tiada cadangan daripada pegawai percubaan untuk berbuat demikian.
Mohd Khairul berkata mengikut Seksyen 91 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman bukan tahanan seperti jaminan, membuat perintah percubaan, khidmat masyarakat atau perintah supaya remaja itu membayar denda, pampasan atau kos.
Beliau berkata remaja itu telah membuka lembaran baharu dan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkata ketika belajar di sekolah asrama, tiada aduan atau laporan menyatakan remaja itu telah mengulangi kesalahan tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee berhujah remaja itu perlu ditempatkan di Sekolah Henry Gurney dan tidak boleh dikenakan hukuman bukan tahanan kerana remaja itu tidak menghormati kesantunan wanita.
Beliau berkata hukuman pencegahan harus dikenakan untuk menghantar mesej bahawa mahkamah menunjukkan kebencian terhadap kesalahan tersebut.
Ng berkata perintah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret agar remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka adalah berdasarkan undang-undang yang membenarkan remaja itu ditempatkan di sekolah berkenaan sehingga dia berumur 21 tahun.
"Sekolah itu yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Penjara adalah sesuai kerana ia menyediakan program pemulihan," katanya sambil menambah bahawa jika mahkamah tidak bersetuju, maka hukuman yang sesuai adalah tahanan di penjara.
Ng berkata di bawah undang-undang, perintah percubaan tidak boleh diberikan kepada remaja itu jika kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan seksual.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata mereka memerlukan masa sebulan untuk meneliti undang-undang berkaitan bagi mempertimbangkan hukuman yang sesuai bagi remaja lelaki itu. - Gambar hiasan/Freepick
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Warga emas dipenjara enam tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.

OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.