KUALA LUMPUR: Sejumlah 240 pemberi rasuah telah dituduh di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dari 2019 hingga kini, Dewan Negara diberitahu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata daripada jumlah itu, seramai 29 pemberi rasuah dituduh di bawah Seksyen 16 (b) manakala 211 di bawah Seksyen 17 (b) akta itu.
"Daripada jumlah pertuduhan atau sabitan yang dibuat, 86 individu pemberi rasuah didapati bersalah mengikut peruntukan kedua-dua seksyen itu," katanya ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata berdasarkan kelaziman kes yang direkodkan, hanya satu pihak antara pemberi atau penerima rasuah yang dikenakan hukuman kerana tiada pihak ketiga yang tampil memberi bukti dan keterangan di atas kesalahan pihak terlibat.
"Jika ada mana-mana pihak atau orang ketiga yang boleh kemukakan bukti dan keterangan yang mencukupi, maka di sisi undang-undang, kedua-dua pemberi atau penerima mahupun orang perantaraan boleh didakwa di mahkamah," katanya.
Sementara itu, Ramkarpal berkata kerajaan sedang mengkaji dan meneliti keperluan menubuhkan Suruhanjaya Undang-undang atau Law Reform Commission bagi memastikan keberkesanan proses penyemakan dan pembaharuan undang-undang.
Beliau berkata dengan penubuhan suruhanjaya itu kelak, usaha mengkaji dan menyemak semula undang-undang sedia ada serta yang lapuk boleh dilaksanakan secepat mungkin, selaras usaha kerajaan memastikan perundangan negara kekal relevan.
Selain itu, Ramkarpal berkata pihaknya mengambil maklum cadangan supaya kerajaan menggubal Akta Anti-Diskriminasi namun, menegaskan ia perlu terlebih dahulu dikaji secara mendalam dengan mengambil kira aspek sensitiviti dan keperluan semasa masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
"Mengenai cadangan mewujudkan Undang-undang Antiucapan Kebencian pula, kerajaan berpendapat telah ada beberapa undang-undang sedia ada yang mempunyai peruntukan untuk menangani ucapan kebencian seperti Akta 574 Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Ramkarpal Singh berkata daripada jumlah itu, seramai 29 pemberi rasuah dituduh di bawah Seksyen 16 (b) manakala 211 di bawah Seksyen 17 (b) akta itu. - Gambar fail
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
DAP prihatin peratusan pengundi bukan Melayu rendah
Anthony berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.
Hasil kerjasama satu keluarga BN-PH
Calon Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama satu keluarga gandingan BN dan PH.
Kemenangan bukti sinergi berkesan kerajaan negeri dan pusat - Anwar
Anwar berkata kerjasama baik dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa impak dan berkesan.
Tumpuan Ahad – 29 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
240 pemberi rasuah didakwa di bawah Akta 694 sejak 2019 - Ramkarpal
Sejumlah 240 pemberi rasuah telah dituduh di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dari 2019 hingga kini, Dewan Negara diberitahu.