Sebanyak 23 kes penipuan pembelian pakej umrah melalui internet direkodkan sejak Februari lepas sehingga kini, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata mangsa penipuan bukan sahaja melibatkan golongan profesional, tetapi juga penduduk di luar bandar yang terpedaya ditawarkan harga pakej umrah yang rendah.
"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengeksploitasi bakal jemaah umrah melalui iklan yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga lantai iaitu RM4,900," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas program bersama penggiat industri pelancongan (pengendali umrah) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Isnin.
Beliau berkata lapan daripada kes itu dilaporkan kepada polis melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM101,480.
Manakala selebihnya dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan nilainya belum dapat dipastikan.
Mas Ermieyati menasihatkan orang ramai supaya memeriksa latar belakang syarikat pengendali umrah dengan melayari laman web www.motac.gov.my atau www.jawhar.gov.my/umrah untuk menyemak status syarikat serta senarai syarikat yang telah disenarai hitam.
Katanya terdapat kira-kira 500 syarikat pengendali umrah yang berdaftar.
Dalam pada itu beliau berkata seramai 290,000 rakyat Malaysia dijangka menunaikan umrah pada tahun ini.
Bernama
Mon Mar 07 2016
Mangsa penipuan bukan sahaja melibatkan golongan profesional, tetapi juga penduduk di luar bandar yang terpedaya ditawarkan harga pakej umrah yang rendah. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
10 Berita Pilihan - (18 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kadar gaji minimum RM1,700 beri manfaat bagi pekerja dan majikan
Peningkatan kadar gaji minimum adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin.
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).
Audit bebas terhadap HRD Corp langkah tepat kembalikan kepercayaan rakyat - PAC
Mas Ermieyati berkata, ia membuktikan Sim berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran.
Akta PSMB benarkan HRD Corp buat pelaburan - Peguam
Akta PSMB 2001 adalah sistem perundangan yang mengawal selia dan mentadbir segala perancangan dan pelaksanaan operasi pentadbiran HRD Corp.
Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengenal pasti berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan pembaziran wang awam.
PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati
PAC akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu LTAT dan pembangunan serta perolehan NIISe selepas sambutan Aidilfitiri.
Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendapati kos RM129 juta dibelanjakan bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa 1 tidak berbaloi.
PAC pandang serius, bimbang dengan kelewatan kemajuan pembinaan kapal LCS
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memandang serius isu kelewatan kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).