KUALA LUMPUR: Seramai 22 individu termasuk empat wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian rusuhan bersenjata di Sungai Way dan Ara Damansara, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata 15 lelaki dan empat wanita ditahan, dalam kes rusuhan bersenjatakan kayu di Ara Damansara pada Jumaat.
Katanya kesemua individu berusia 15 hingga 27 tahun ditahan di lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu, kira-kira 9 pagi.
"Kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita. Sebatang kayu besbol yang disyaki digunakan oleh salah seorang suspek turut dirampas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, dua daripada 19 individu yang ditahan mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Mohamad Fakhrudin berkata dalam kejadian di Sungai Way pula, seorang lelaki berusia 33 tahun cedera parah di belakang badan selepas disyaki ditetak empat lelaki yang dikenalinya.
Polis telah menerima laporan kejadian itu kira-kira 9.30 malam tadi dan menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 37 tahun di Sungai Way, dan di perkarangan sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dalam serbuan antara 12.30 tengah malam tadi sehingga 2 pagi ini.
"Punca kejadian disebabkan dendam lama dan semakan mendapati dua daripada tiga suspek itu mempunyai lima rekod jenayah lampau," katanya.
Katanya kesemua 22 individu yang ditahan kerana terbabit dalam dua kes rusuhan bersenjata itu, ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
![22 termasuk empat wanita ditahan terbabit dua rusuhan bersenjata 22 termasuk empat wanita ditahan terbabit dua rusuhan bersenjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656780188_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Kesemua 22 individu yang ditahan kerana terbabit dalam dua kes rusuhan bersenjata itu, ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan/ Bernama
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang 2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693712597_HandcuffGari.jpg)
2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama, di Gua Musang, Jumaat lepas.
![Rusuhan bersenjata: Peniaga buah di Singapura diarah berkelakuan baik 3 tahun Rusuhan bersenjata: Peniaga buah di Singapura diarah berkelakuan baik 3 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661149712_Rusuhanbersenjata.jpg)
Rusuhan bersenjata: Peniaga buah di Singapura diarah berkelakuan baik 3 tahun
Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan rusuhan bersenjata sehingga mendatangkan kecederaan tujuh tahun lalu.
![22 termasuk empat wanita ditahan terbabit dua rusuhan bersenjata 22 termasuk empat wanita ditahan terbabit dua rusuhan bersenjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656780188_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
22 termasuk empat wanita ditahan terbabit dua rusuhan bersenjata
Kesemua individu berusia 15 hingga 27 tahun ditahan di lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu, kira-kira 9 pagi.
![Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata di Klang Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata di Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622633898_handcuffed.jpg)
Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata di Klang
Polis menahan lapan lelaki dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Klang seperti yang tular di media sosial, semalam.
![Polis minta Pengerusi PKR Perak bantu siasatan kes pergaduhan Polis minta Pengerusi PKR Perak bantu siasatan kes pergaduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51546130015_farhash.jpg)
Polis minta Pengerusi PKR Perak bantu siasatan kes pergaduhan
Menurut SAC Fadzil Ahmat, kejadian dipercayai bermula apabila suspek terserempak dengan mangsa dan menolak mukanya sehingga berlakunya satu kekecohan.